Connect with us

Terkini

KPDN tak nafi kenaikan harga sayur di Pulau Pinang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menafikan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di negeri ini namun masih berada pada tahap yang stabil.

Wartawan TMT

Published

on

KPDN tak nafi kenaikan harga sayur di Pulau Pinang
Foto: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S Jegan
  • Hasil pemantauan pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di negeri ini dapati kenaikan harga berlaku membabitkan 10 jenis sayuran, namun tidak ketara seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Rabu. – Pengarah KPDN, S Jegan
  • “Bagi pastikan peniaga tidak naikkan harga sewenang-wenangnya, Bahagian Penguatkuasa KPDN telah arahkan pegawai-pegawai penguatkuasa untuk pemeriksaan harian di pasar awam, pasar pagi, pasar malam, pasar tani dan pasar raya bagi pastikan harga barangan terkawal.”
  • “Tindakan perundangan bawah kawal seliaan KPDN akan dikenakan kepada mana-mana pihak cuba ambil kesempatan dengan menggunapakai peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

 

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menafikan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di negeri ini namun masih berada pada tahap yang stabil.

Pengarahnya, S Jegan berkata, hasil pemantauan dibuat pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di negeri ini mendapati kenaikan harga berlaku membabitkan 10 jenis sayuran namun tidak ketara seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Rabu.

Menurutnya, tomato, timun, kacang buncis, kacang panjang, sawi dan lada benggala merah antara sayuran yang mencatat kenaikan harga di antara 4.03 peratus hingga 71.43 peratus selain terung panjang, bendi, kubis bunga dan lada benggala hijau.

“Pemantauan dibuat di 45 pasar awam, 13 hypermarket dan 18 pasar raya di seluruh Pulau Pinang mendapati terdapat perubahan harga runcit pada 1 Februari berbanding 31 Januari lalu.

“Memang ada gangguan sedikit mengenai harga atas beberapa faktor seperti keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini namun kenaikan itu tidak ketara seperti yang didakwa sehingga 160 peratus,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Minyak pada Khamis.

Jegan berkata, hasil pemantauan dilakukan pihaknya juga mendapati terdapat beberapa premis yang menurunkan harga 10 jenis bahan mentah dan sayuran hingga melibatkan penurunan sehingga 20.04 peratus.

Antaranya kubis bulat, sotong, brokoli, ikan tongkol, tembikai merah tanpa biji dan sayur kailan.

Sementara itu, Jegan berkata, bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya, Bahagian Penguatkuasa KPDN telah mengarahkan pegawai-pegawai penguatkuasa untuk melakukan pemeriksaan secara harian di pasar awam, pasar pagi, pasar malam, pasar tani dan pasar raya bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal serta menyediakan pelaporan kepada Ibu Pejabat bagi tujuan pemantauan.

Tegasnya, tindakan perundangan di bawah kawal seliaan KPDN akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang tidak munasabah waktu ini dengan menggunapakai peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961,Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan CAP menggesa KPDN dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus dalam tempoh sebulan lalu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa pengedar dan pemborong turut memberi amaran bahawa harga sayur dijangka meningkat beberapa minggu akan datang.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending