Connect with us

Terkini

Anwar diingatkan hati-hati guna kuasa PM & Menteri Kewangan – Ahli Parlimen PH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak terlalu gopoh dan agresif dalam menggunakan kuasanya membanteras rasuah, kerana berisiko melakukan pendakwaan terpilih yang menjadikan parti lawan sebagai mangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar diingatkan hati-hati guna kuasa PM & Menteri Kewangan - Ahli Parlimen PH
Foto: Hassan Abdul Karim (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan)
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak terlalu gopoh dan agresif gunakan kuasanya banteras rasuah kerana berisiko melakukan pendakwaan terpilih jadikan parti lawan sebagai mangsa.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PH, Hassan Abdul Karim mengakui bimbang selepas melihat seorang demi seorang Ahli Parlimen dan pembangkang serta bekas pemimpin dipanggil SPRM serta pihak berkuasa lain, serta ada dihadapkan ke mahkamah.
  • “Semalam (21 Februari), YB Tasek Gelugor diheret ke mahkamah di bawah pertuduhan rasuah. Beberapa hari lalu, YB Pagoh disiasat SPRM, dan mantan Menteri Kewangan sewaktu Perdana Menteri keempat juga disiasat berkaitan Pandora Papers.”
  • “Saya tiada masalah jika dari segi perundangan kerana proses biasa dan agensi siasatan seperti SPRM panggil kalau ada perkara berkaitan, tapi saya perlu nyatakan perlu berhati hati,” katanya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak terlalu gopoh dan agresif dalam menggunakan kuasanya membanteras rasuah, kerana berisiko melakukan pendakwaan terpilih yang menjadikan parti lawan sebagai mangsa.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengakui bimbang selepas melihat seorang demi seorang Ahli Parlimen dan pembangkang serta bekas pemimpin yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkuasa lain, serta ada yang dihadapkan ke mahkamah.

Sehubungan itu, Hassan memberi peringatan kepada Anwar supaya berhati-hati menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, apatah lagi Presiden PKR itu turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

“Semalam (21 Februari), Yang Berhormat (YB) Tasek Gelugor diheret ke mahkamah di bawah pertuduhan rasuah. Beberapa hari lalu, YB Pagoh disiasat SPRM, dan mantan Menteri Kewangan sewaktu Perdana Menteri keempat juga disiasat berkaitan Pandora Papers.

“Saya tiada masalah jika dari segi perundangan kerana ini proses biasa dan agensi siasatan seperti SPRM memanggil kalau ada perkara berkaitan, tapi saya perlu nyatakan kita perlu berhati hati.  

“Sekarang kita boleh panggil semua menteri, mantan menteri kerana kita ada kuasa. SPRM, polis di bawah kita. Saya bimbang jika tak diberi peringatan, boleh berlaku pendakwaan terpilih, parti lawan kita jadi mangsa,” katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tase Gelugor) didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada syarikat yang menerima kontrak projek Jana Wibawa, namun Ketua Penerangan BERSATU itu mengaku tidak bersalah.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berhubung siasatan projek Jana Wibawa, selain seorang bekas Menteri Kewangan dan anak bekas Perdana Menteri pula diambil keterangan oleh SPRM dalam siasatan berkait pendedahan Pandora Papers.

Mengulas lanjut, Hassan yakin dengan integriti dan kesungguhan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun untuk membanteras rasuah, namun beliau mengingatkan Perdana Menteri mengenai kesan buruk pemusatan kuasa pada seorang individu.

Katanya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu menjadi peringatan buat Anwar mengenai risiko apabila seorang Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan.

“Saya tidak ada malafide atau niat tak baik, hanya untuk mengingatkan kuasa cenderung menyebabkan korupsi. ‘Asolute power corrupt absolutely’. Kuasa itu mesti digunakan dengan cermat, jangan terburu-buru.

“Saya tidak mahu berlaku lagi peristiwa 1MDB, di mana Perdana Menteri ketika itu juga menjadi Menteri Kewangan. Kita lihat apa kesannya sekarang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending