Connect with us

Terkini

Sedia garis panduan jelas mekanisme penjawat awam tegur kerajaan – CUEPACS

Kerajaan perlu menyediakan suatu garis panduan atau sistem yang jelas bagaimana mekanisme teguran terhadap kerajaan boleh dilakukan oleh penjawat awam.

Wartawan TMT

Published

on

Sedia garis panduan jelas mekanisme penjawat awam tegur kerajaan - CUEPACS
Foto: Datuk Adnan Mat.
  • Ia bagi elakkan berlaku penganiayaan terhadap penjawat awam yang laporkan salah laku sekiranya diketahui oleh pegawai tertinggi atau menteri-menteri yang terlibat. – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat.
  • “Sebab itu pentingnya panduan atau sistem yang jelas diperkenalkan kerajaan bagi bolehkan warga perkhidmatan awam turut sama terlibat dalam perangi gejala salah laku ini terutama membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dan menteri.
  • “Jika mahu beri teguran pada jemaah menteri sudah tentu lebih sukar, terutama kebimbangan penjawat awam itu sendiri mungkin akan terima tekanan tertentu bukan sahaja dari ketua jabatan bahkan pegawai-pegawai menteri itu sendiri,”
  • “Garis panduan atau sistem pengaduan yang jelas amat penting kerana Cuepacs tidak mahu aduan yang tidak tulen dibuat sehingga boleh jejaskan kredibiliti pegawai atau menteri yang terlibat,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyediakan suatu garis panduan atau sistem yang jelas bagaimana mekanisme teguran terhadap kerajaan boleh dilakukan oleh penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata la bagi mengelakkan berlaku penganiayaan terhadap penjawat awam yang melaporkan salah laku sekiranya diketahui oleh pegawai tertinggi atau menteri-menteri yang terlibat.

“Sebab itu pentingnya panduan atau sistem yang jelas diperkenalkan oleh kerajaan bagi membolehkan warga perkhidmatan awam turut sama terlibat dalam memerangi gejala salah laku ini terutama membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dan menteri.

“Keutamaan yang perlu diberikan oleh kerajaan adalah dalam memastikan kerahsiaan pengadu itu sendiri selain memastikan ketulenan aduan yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa pegawai dan kakitangan awam perlu menegur sebarang keputusan dibuat oleh Menteri, termasuk Perdana Menteri jika ia didapati melanggar peraturan dan undang-undang dalam hal berkaitan tata kelola pentadbiran.

Adnan berkata sekiranya tiada garis panduan yang jelas mengenai sistem aduan, terutama dalam hal membabitkan kerahsiaan pengadu, tempoh siasatan, jenis aduan dan ketelusan dalam siasatan, pihaknya bimbang saranan baik oleh Perdana Menteri itu tidak akan mendapat sambutan.

Beliau berkata kesediaan pegawai tertinggi serta Jemaah Menteri untuk menerima teguran dengan baik masih lagi menjadi persoalan memandangkan melalui pekeliling dan dasar sedia ada amat sukar untuk penjawat awam memberi teguran membina kepada jabatan atau agensi masing-masing.

“Jika mahu memberi teguran kepada jemaah menteri sudah tentu lebih sukar, terutama dengan kebimbangan penjawat awam itu sendiri mungkin akan menerima tekanan tertentu bukan sahaja daripada ketua jabatan bahkan pegawai-pegawai menteri itu sendiri,” katanya.

Adnan mendakwa sebelum ini terdapat kes penjawat awam diberi tekanan seperti halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan apabila melaporkan aktiviti salah laku dalam jabatan dan agensi kerajaan sekali gus mengakibatkan ramai penjawat awam hari ini takut untuk melaporkan aktiviti salah laku.

“Garis panduan atau sistem pengaduan yang jelas amat penting kerana Cuepacs tidak mahu aduan yang tidak tulen dibuat sehingga boleh menjejaskan kredibiliti pegawai atau menteri yang terlibat,” katanya.

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending