Connect with us

Terkini

Portal OpenDOSM NextGen jamin ketelusan kerajaan – Rafizi

Portal OpenDOSM NextGen yang diperkenal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mengetengahkan konsep data terbuka dapat menjadi ketelusan dasar dan meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada kerajaan yang bertanggungjawab.

Wartawan TMT

Published

on

Portal OpenDOSM NextGen jamin ketelusan kerajaan - Rafizi
Foto: Rafizi Ramli (tengah).
  • Portal OpenDOSM NextGen diperkenal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengetengahkan konsep data terbuka menjadi ketelusan dasar dan meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada kerajaan yang bertanggungjawab.
  • Portal itu dilihat menjadi penambahbaikan perkongsian data terbuka secara menyeluruh kepada rakyat dan penggubal dasar bagi laksanakan pelbagai analisis dan rujukan.
  • “Melalui platform data terbuka, penyelidik boleh menjimatkan masa dan kos dengan menggunakan data terbuka sedia ada dan bukannya menerusi sumber primer mereka sendiri untuk menjalankan penyelidikan.” – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

PUTRAJAYA: Portal OpenDOSM NextGen yang diperkenal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mengetengahkan konsep data terbuka dapat menjadi ketelusan dasar dan meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada kerajaan yang bertanggungjawab.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, portal berkenaan juga dilihat menjadi penambahbaikan kepada perkongsian data terbuka yang memberi kesan menyeluruh kepada rakyat dan penggubal dasar dalam melaksanakan pelbagai analisis dan rujukan.

Katanya, menerusi portal OpenDOSM NextGen, ia membantu kerajaan mewujudkan inovasi ekosistem penyampaian perkhidmatan responsif bagi memenuhi kehendak rakyat.

“Menerusi kaedah data terbuka kerajaan, maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kerajaan seperti perbelanjaan atau kontrak, boleh diakses oleh orang ramai. Ini membolehkan semak dan imbang yang lebih baik dan advokasi dasar yang lebih efektif serta memastikan pegawai awam lebih bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, data terbuka membolehkan masyarakat memanfaatkan semua sumber data secara kolektif dalam menjana pengetahuan baharu.

Katanya, data terperinci, tepat pada masanya dan berkualiti adalah sumber yang amat berharga untuk tujuan penyelidikan sama ada penyelidikan asas dan gunaan.

“Melalui platform data terbuka, penyelidik boleh menjimatkan masa dan kos dengan menggunakan data terbuka sedia ada dan bukannya menerusi sumber primer mereka sendiri untuk menjalankan penyelidikan.

“Data terbuka juga boleh memudahkan kerjasama dan penemuan yang lebih besar dalam kalangan penyelidik di pelbagai institusi,” katanya.

Beliau menjelaskan, memandangkan data terbuka kerajaan adalah memfokuskan mengenai kerjasama, agenda berkenaan tidak berakhir dengan kerajaan berkongsi maklumat sahaja.

“Kerajaan juga perlu secara aktif mendapatkan maklum balas bukan sahaja berkenaan dengan dasar data terbuka kerajaan tetapi juga bidang dasar lain yang diperjuangkan oleh orang ramai berdasarkan data yang disediakan untuk umum,” katanya.

Rafizi berkata, Portal OpenDOSM NextGen adalah antara inisiatif Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi meningkatkan penyampaian data yang tepat terkini dan relevan.

“Ini adalah selaras dengan usaha DOSM untuk memacu transformasi data dan juga satu platform bersepadu bagi tujuan meluaskan, memudahkan dan menggalakkan pengguna mengakses data yang dikeluarkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain sebagai mekanisme mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending