Connect with us

Terkini

Kaji kesempurnaan Islam, elak fahaman Islamofobia

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyarankan kajian secara berilmu dan beradab dibuat mengenai Islam supaya tidak timbul Islamofobia.

Wartawan TMT

Published

on

Kaji kesempurnaan Islam, elak fahaman Islamofobia
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • “Janganlah cuba salahkan Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana adakan peraturan yang bercanggah dengan fitrahnya, sedangkan perbuatan itu tidak diizinkan Allah SWT sebagai Penciptanya,” – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Beliau tegaskan ‘penyakit’ Islamofobia dalam masyarakat bukan Islam di Barat menyebabkan al-Quran dibakar, Nabi Muhammad SAW dicela, masjid dibakar, dan penganut Islam dizalimi.
  • Mereka menentang Islam atas nama hak kebebasan liberal dan demokrasi, bukan mengkaji dan membaca secara berakal dan beradab ilmuwan, sebaliknya menentang Islam ikut nafsu dan tidak berakal.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyarankan kajian secara berilmu dan beradab dibuat mengenai Islam supaya tidak timbul Islamofobia.

Beliau berkata, pihak terbabit perlu melakukan perbandingan antara Islam dengan agama dan teori yang lain, secara jujur melalui sumber yang asli, bagi mencari kebenaran tanpa bersikap fanatik.

“Sebarang perubahan daripada undang-undang fitrah (naluri) manusia, pasti menyebabkan berlakunya kepincangan yang akan membawa kemusnahan disebabkan oleh tangan manusia sendiri.

“Janganlah cuba menyalahkan Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana mengadakan peraturan yang bercanggah dengan fitrahnya, sedangkan perbuatan itu tidak diizinkan Allah SWT sebagai Penciptanya,” katanya menerusi Minda Presiden, hari ini.

Abdul Hadi menegaskan ‘penyakit’ Islamofobia dalam masyarakat bukan Islam di Barat menyebabkan al-Quran dibakar, Nabi Muhammad SAW dicela, masjid dibakar, dan penganut Islam dizalimi.

Beliau berkata, mereka bertindak menentang Islam atas nama hak kebebasan liberal dan demokrasi, bukan mengkaji dan membaca secara berakal dan beradab ilmuwan, sebaliknya menentang Islam mengikut nafsu dan tidak berakal.

Katanya, disebabkan tidak beriman kepada semua Rasul dan kitab suci, maka ada manusia mencipta ajaran baharu yang salah dan tidak sempurna.

“Ada kalangan mereka yang meminda agama dan kitab suci, kemudian mencipta ajaran sendiri dengan akal yang lemah.

“Kita menyaksikan bagaimana teori yang dinamakan perjuangan hak asasi itu dipisahkan secara berasingan antara satu sama lain.

“Terdapat sebahagiannya memperjuangkan hak asasi manusia saja, malah sebahagian yang lain pula memperjuangkan hak asasi binatang atau alam sekitar saja, secara berpisah atau berasingan.

“Bahkan, dalam urusan kehidupan manusia sendiri, mereka memisahkan politik, ekonomi dan lain-lain aspek kehidupan daripada panduan ajaran Islam yang sempurna,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keadaan itu menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam hubungan antara satu sama lain sehingga merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Kerosakan itu terjadi, sama ada disebabkan pendekatan liberal mahupun pendekatan ekstrem atau pragmatik yang tidak sempurna mengikut fitrah penciptaannya.

“Hari ini, kita menyaksikan sendiri bagaimana berlakunya kemusnahan dalam kehidupan manusia, kehidupan makhluk yang lain dan alam sekitarnya, sehingga ia menjadi perbincangan umum di semua peringkat.

“Walhal, kemusnahan itu adalah disebabkan kerakusan nafsu manusia pada jasadnya, akibat tidak peduli kepada keperluan akal,” katanya.

Beliau menegaskan, kemusnahan itu juga kerana kehidupan manusia tanpa roh, tanpa ibadat yang berhubung dengan Tuhan pencipta alam, tanpa akhlak dan tanpa sempadan halal serta haram, dalam urusan diri sendiri yang hanya mengikut konsep liberal.

“Adapun sebahagiannya pula bersikap ekstrem dengan hanya memberikan penekanan kepada satu aspek fitrah sahaja, seperti menumpukan soal agama dari sudut rohani saja atau jasad saja,” katanya .

Selain itu, beliau berkata, ada yang menekankan wujud teori ekonomi ciptaan individu saja tanpa memikirkan keperluan masyarakat atau menghalang kebebasan individu.

“Semuanya menyebabkan kehidupan yang tidak stabil, kerana manusia bukan seperti malaikat mahupun binatang, serta sama sekali bukanlah seperti batu dan kayu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending