Terkini
Iran protes penerbitan kartun pemimpin tertingginya di majalah Charlie Hebdo
Iran memberi amaran kepada Perancis pada Rabu mengenai akibat daripada penerbitan majalah satira Charlie Hebdo kerana menyiarkan gambar kartun menyerupai pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei yang dianggap oleh Tehran sebagai penghinaan.
- Iran beri amaran kepada Perancis mengenai majalah satira Charlie Hebdo kerana gambar kartun menyerupai pemimpin tertinggi Ayollah Ali Khamenei dianggap oleh Tehran sebagai penghinaan.
- “Tindakan menghina dan tidak senonoh penerbitan Perancis menerbitkan kartun terhadap pihak berkuasa agama dan politik tidak akan pergi tanpa tindak balas yang berkesan dan tegas,” tulis Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian di Twitter.
- Iran tidak akan membenarkan kerajaan Perancis bertindak melampaui batas dan menghina kesucian negara dan negara Islam lain dengan alasan kebebasan bersuara.
- Kementerian Luar Iran juga memaklumkan pihaknya sudah memanggil duta Perancis Nicolas Roche pada Rabu.
Paris: Iran memberi amaran kepada Perancis pada Rabu mengenai akibat daripada penerbitan majalah satira Charlie Hebdo kerana menyiarkan gambar kartun menyerupai pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei yang dianggap oleh Tehran sebagai penghinaan.
Akhbar mingguan itu menerbitkan puluhan kartun yang mempersendakan tokoh agama dan politik tertinggi di republik Islam itu sebagai sebahagian daripada pertandingan yang dilancarkan bulan lalu bagi menyokong gerakan protes selama tiga bulan.
“Tindakan menghina dan tidak senonoh penerbitan Perancis dalam menerbitkan kartun terhadap pihak berkuasa agama dan politik tidak akan pergi tanpa tindak balas yang berkesan dan tegas,” tulis Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian di Twitter.
“Kami tidak akan membenarkan kerajaan Perancis bertindak melampaui batas. Mereka sudah pasti memilih jalan yang salah,” tambahnya, tanpa menyatakan akibatnya.
Kementerian Luar Iran memaklumkan pihaknya sudah memanggil duta Perancis Nicolas Roche pada Rabu.
“Perancis tidak berhak untuk menghina kesucian negara dan negara Islam lain dengan alasan kebebasan bersuara.
“Iran sedang menunggu penjelasan kerajaan Perancis dan tindakan pampasan dalam mengecam tingkah laku penerbitan Perancis yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kanani.
Penerbitan isu itu mengandungi pelbagai imej seksual yang menggambarkan Khamenei dan rakan ulama, manakala kartun lain menunjukkan pihak berkuasa menggunakan hukuman mati sebagai taktik untuk menghentikan protes.
Majalah Charlie Hebdo mencetuskan kontroversi di dalam Perancis walaupun dilihat oleh penyokong sebagai juara kebebasan bersuara dan oleh pengkritik sebagai provokatif yang tidak perlu.
Sumber: Harian Metro