Connect with us

Antarabangsa

Persembahan tarian gelek seksi di depan sebuah masjid Singapura dikecam

Komuniti Islam di republik ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah restoran yang menjual makanan Turkiye apabila menampilkan persembahan tarian gelek (belly dancing) melibatkan penari wanita dengan pakaian mencolok mata.

Wartawan TMT

Published

on

Persembahan tarian gelek seksi di depan sebuah masjid Singapura dikecam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Komuniti Islam di Singapura zahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah restoran di depan sebuah masjid apabila mengadakan persembahan tarian gelek (belly dancing) melibatkan penari wanita dengan pakaian mencolok mata.
  • “Saya berjumpa dengan pemilik restoran dan dia maklumkan, dia bukan Islam dan oleh hal yang demikian, saya nasihatkan beritahu tidak wajar buat persembahan sedemikian di luar masjid,” – Jemaah, Abu Jalal Sarimon
  • Restoran berkenaan memaklumkan persembahan itu adalah sempena malam Krismas dan memberitahu selepas ini mereka akan lebih peka serta melakukan sebarang promosi di dalam premis. 

 

SINGAPURA: Komuniti Islam di republik ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah restoran yang menjual makanan Turkiye apabila menampilkan persembahan tarian gelek (belly dancing) melibatkan penari wanita dengan pakaian mencolok mata.

Hal ini kerana, kedudukan restoran tersebut berdepan dengan Masjid Sultan.

Menurut seorang jemaah di masjid tersebut yang dikenali sebagai Abu Jalal Sarimon, dia ternampak persembahan itu ketika keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

“Ketika itu, saya terdengar bunyi lagu yang kuat, selain orang ramai mengerumuni kawasan restoran tersebut.

“Bila datang dekat, saya ternampak mereka dipersembahkan dengan tarian gelek oleh seorang penari wanita yang berpakaian amat seksi.

“Saya berjumpa dengan pemilik restoran dan dia maklumkan, dia bukan Islam dan oleh hal yang demikian, saya nasihatkan beritahu tidak wajar buat persembahan sedemikian di luar masjid,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Mediacorp.

Selain itu, Abu Jalal juga memberitahu kepada pemilik kedai supaya lebih sensitif mengenai agama biarpun komuniti Islam di republik ini bukan penduduk majoriti.

Abu Jalal turut memuat naik gambar berkenaan dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna.

Antara komen yang diterima termasuk ‘hormatlah sikit, masjid di depan itu’ dan ‘kejadian ini menunjukkan mereka (pihak restoran) tiada kepekaan budaya’.

Abu Jalal juga menyatakan ada dalam kalangan pengunjung turut melahirkan rasa kurang selesa terhadap persembahan itu memandangkan kedudukan restoran berkenaan masjid, dan pakaian yang dikenakan penari wanita itu tidak bersesuaian.

“Ada orang yang lalu di situ juga tidak senang dengan persembahan terbabit. Mereka kata tidak elok dan kurang ajar kerana buat persembahan mencolok mata di luar masjid,” ujarnya.

Sementara itu, restoran berkenaan memaklumkan persembahan itu adalah sempena malam Krismas dan memberitahu selepas ini mereka akan lebih peka serta melakukan sebarang promosi di dalam premis. – Utusan

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending