Connect with us

Ekonomi

LHDN, JKDM perlu lebih kreatif tangani ekonomi gelap – Ahmad Maslan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diminta lebih kreatif dan menggunakan kaedah yang berkesan untuk memerangi aktiviti ekonomi gelap.

Wartawan TMT

Published

on

LHDN, JKDM perlu lebih kreatif tangani ekonomi gelap - Ahmad Maslan
Foto: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan
  • LHDN dan JKDM diminta lebih kreatif dengan menggunakan kaedah berkesan bagi memerangi aktiviti ekonomi gelap.
  • Aktiviti ekonomi gelap kini dianggarkan sekitar 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • “Apabila saya sebut 30 peratus daripada KDNK adalah ekonomi gelap, mereka (LHDN dan JKDM) perlu memikirkan secara kreatif bagaimana mahu mengurangkan ekonomi gelap itu. Ekonomi gelap ini contohnya orang yang lari daripada cukai, orang yang tipu cukai dan tidak bayar (jumlah) cukai sebenar.- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

 

KUALA TERENGGANU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diminta lebih kreatif dan menggunakan kaedah yang berkesan untuk memerangi aktiviti ekonomi gelap.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu penting kerana aktiviti ekonomi gelap kini dianggarkan pada sekitar 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Apabila saya sebut 30 peratus daripada KDNK adalah ekonomi gelap, mereka (LHDN dan JKDM) perlu memikirkan secara kreatif bagaimana mahu mengurangkan ekonomi gelap itu. Ekonomi gelap ini contohnya orang yang lari daripada cukai, orang yang tipu cukai dan tidak bayar (jumlah) cukai sebenar.

“Jika atas usaha-usaha kreatif itu ekonomi gelap boleh diturunkan daripada 30 peratus kepada 10 peratus, maka hasil yang diperoleh bertambah berpuluh-puluh bilion, tanpa perlu diadakan cukai baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke LHDNM Kuala Terengganu, di Kompleks Perniagaan PB Square, di sini semalam.

Ahmad berkata bagaimanapun setakat ini tiada sebarang sasaran atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan kepada LHDN dan JKDM untuk mengurangkan aktiviti ekonomi gelap dan kerajaan juga masih merangka dasar-dasar untuk mengurangkan ekonomi gelap yang didapati semakin berleluasa sejak pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu beliau berkata antara langkah lain yang boleh dilakukan oleh LHDN dan JKDM untuk meningkatkan kutipan hasil cukai adalah menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sedia ada dengan lebih teliti dan mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat berkaitan untuk mendapatkan bayaran cukai.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending