Connect with us

Terkini

Khaled Nordin tulis surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan

Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan diharap dapat menimbang semula keputusannya melarang pelajar wanita daripada meneruskan pendidikan di universiti negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Khaled Nordin tulis surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan
Foto: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • “Saya sudah menulis surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem, dan menyampaikan perkara yang sama melalui Duta Besarnya di Malaysia, Dr Moheb Rahman Spinghar, untuk menyemak semula keputusan itu. – Menteri Pengajian Tinggi.
  • Keputusan itu perlu disemak semula kerana memudaratkan pembangunan pendidikan umat Islam terutama wanita pada masa hadapan.
  • “Saya juga sudah berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri, antara lain, pengalaman dan amalan negara kita di Malaysia yang menghormati wanita kerana menyumbang kepada agenda pembangunan negara kita,” ujarnya.

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan diharap dapat menimbang semula keputusannya melarang pelajar wanita daripada meneruskan pendidikan di universiti negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu perlu disemak semula kerana ia memudaratkan pembangunan pendidikan umat Islam terutama wanita pada masa hadapan.

Malah, katanya, langkah itu penting bagi membolehkan setiap lapisan rakyat Afghanistan berperanan membina negara secara bersama-sama.

“Saya sangat sedih apabila mengetahui keputusan Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan mengenai pengharaman wanita meneruskan pendidikan di institusi tinggi Afghanistan baru-baru ini.

“Saya sudah menulis surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem, dan menyampaikan perkara yang sama melalui Duta Besarnya di Malaysia, Dr Moheb Rahman Spinghar, untuk menyemak semula keputusan itu.

“Saya juga sudah berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri, antara lain, pengalaman dan amalan negara kita di Malaysia yang menghormati wanita kerana menyumbang kepada agenda pembangunan negara kita.

“Malaysia sudah membuktikan bagaimana wanita meningkatkan reputasi negara melalui pendidikan yang mantap dengan memanfaatkan bakat dan kemahiran wanita Islam Malaysia sebagai rakan kongsi dalam pelbagai industri. Malah peranan wanita di negara kita diiktiraf kerana membantu untuk ekonomi negara berkembang untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 21 Disember lalu, Taliban Afghanistan dilaporkan melarang pelajar wanita daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.

Berdasarkan surat dikongsikan oleh jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Ziaullah Hashmi, universiti swasta dan awam perlu melaksanakan larangan itu secepat mungkin serta memaklumkan kepada kementerian sebaik larangan itu dilaksanakan.

Larangan universiti itu dibuat beberapa minggu selepas gadis Afghanistan mengambil peperiksaan tamat pengajian tinggi mereka, walaupun mereka sebelum ini diharamkan menerima pendidikan sejak Taliban mengambil alih negara tahun lalu.

Taliban turut mengharamkan kanak-kanak perempuan dari sekolah rendah dan sekolah menengah, menyekat wanita daripada kebanyakan pekerjaan serta mengarahkan mereka memakai pakaian yang menutup dari kepala hingga ke kaki di khalayak ramai.

Wanita juga dilarang mengunjungi taman permainan dan gimnasium.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, beliau percaya jika wanita Afghanistan diberikan akses kepada pendidikan, mereka juga mampu menjadi aset berharga kepada negara itu.

Katanya, itu kerana peranan wanita penting dalam membantu membina daya tahan, kestabilan dan perpaduan sosial yang kukuh ke arah pembinaan negara.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending