Connect with us

Terkini

[VIDEO] Insiden rusuhan di Penamaan Calon Tenom

Hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kerusi Parlimen Tenom, lapor Kosmo.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Insiden rusuhan di Penamaan Calon Tenom
Foto: Insiden rusuhan di Tenom, Sabah.

TENOM – Hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kerusi Parlimen Tenom, lapor Kosmo.

Kejadian rusuhan berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik salah satu akaun di media sosial Facebook sekitar 30 minit lalu.

Menerusi video tular berdurasi satu minit 37 saat itu, dapat dilihat berlaku kekecohan sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti KDM.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit.- KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

Author