Terkini
Undi berdasarkan kualiti calon, bukan parti – Mufti Perlis
KUALA LUMPUR – Undilah kerana kualiti calon dan bukannya bersandarkan parti politik diwakili.

- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pengundi memilih calon berkualiti dan bukannya bersandarkan parti politik diwakilinya.
- “Jika rakyat mengundi berdasarkan kualiti calon, pasti rakyat akan menghantar ahli-ahli politik berkualiti ke parlimen dan DUN. Juga mengajar parti-parti supaya jangan sebarangan meletakkan calon.”
- Jika rakyat undi nama parti, pasti terdapat calon-calon tidak berkualiti dihantar ke parlimen dan DUN.
- Ini mengizinkan berlaku dominasi parti politik tertentu yang akan membawa kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku.
KUALA LUMPUR – Undilah kerana kualiti calon dan bukannya bersandarkan parti politik diwakili.
Itu peringatan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada pengundi dalam hantaran Facebooknya menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.
Beliau berkata untuk membawa kehidupan bernegara maju ke hadapan, setiap pengundi perlu membuat kajian tentang kualiti calon bertanding di tempat mereka sebelum memilih dengan matang dan jujur.
“Jika rakyat mengundi berdasarkan kualiti calon, pasti rakyat akan menghantar ahli-ahli politik yang berkualiti ke parlimen dan DUN.
“Juga rakyat akan mengajar parti-parti supaya jangan sebarangan ketika meletakkan calon.
“Namun, jika rakyat mengundi berdasarkan nama parti, pasti terdapat calon-calon yang tidak berkualiti dihantar ke Parlimen dan DUN.
“Ini juga akan mengizinkan berlaku dominasi parti politik tertentu yang akan membawa kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku,” katanya.
PRU15 mencatat sejarah tersendiri apabila 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sekali gus menjadikannya calon teramai dalam rekod pilihan raya negara.
Sumber : Facebook DR MAZA

You must be logged in to post a comment Login