Connect with us

Antarabangsa

Pakistan haramkan filem LGBT ‘Joyland’

Kerajaan Pakistan bertindak mengharamkan tayangan filem LGBT “Joyland”, yang juga filem pertama Pakistan ditayangkan di Festival Filem Cannes, seminggu sebelum ia dijadualkan ditayangkan di negara Asia Selatan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pakistan haramkan filem LGBT 'Joyland'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Pakistan bertindak mengharamkan tayangan filem LGBT “Joyland”, yang juga filem pertama Pakistan ditayangkan di Festival Filem Cannes, seminggu sebelum ia ditayangkan di negara Asia Selatan itu.
  • Filem itu mengisahkan tentang cinta songsang antara  seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik.
  • Pada Ogos lalu, Lembaga Pusat Penapisan Filem (CBFC) Pakistan memberikan sijil kebenaran filem itu ditayangkan, namun kini “tidak sah.”
  • Menurut kenyataan rasmi itu, aduan bertulis telah diterima susulan filem itu dikatakan mengandungi “bahan sangat dibantah” yang tidak mematuhi “nilai sosial dan standard moral masyarakat kita”.

 

ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan bertindak mengharamkan tayangan filem LGBT “Joyland”, yang juga filem pertama Pakistan ditayangkan di Festival Filem Cannes, seminggu sebelum ia ditayangkan di negara Asia Selatan itu.

Filem itu mengisahkan tentang cinta songsang antara  seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik, demikian menurut sinopsis dipetik dari laman web Festival Filem Cannes.

Pada Ogos lalu, Lembaga Pusat Penapisan Filem (CBFC) Pakistan memberikan sijil kebenaran filem itu ditayangkan, namun Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan mengeluarkan notis mengatakan ia “tidak sah” pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan rasmi itu, aduan bertulis diterima susulan filem terbabit dikatakan mengandungi “bahan sangat dibantah” yang tidak mematuhi “nilai sosial dan standard moral masyarakat kita”.

Kementerian terbabit berkata pawagam yang berada di bawah bidang kuasa CBFC tidak boleh menayangkan filem itu.

“Joyland” memenangi Hadiah Juri ‘Uncertain Regard’ dan Queer Palm di Cannes pada Mei lalu. 

Filem itu kemudiannya diserahkan kepada Oscars sebagai penyertaan rasmi Pakistan untuk anugerah filem antarabangsa. 

Bagaimanapun, filem itu perlu berada di pawagam sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum 30 November ini untuk kekal dalam perebutan anugerah.

Walaupun tayangan diharamkan di Pakistan, “Joyland” masih boleh layak dalam kategori ini sekiranya ia “dipamerkan secara teater di luar Amerika Syarikat dan wilayahnya selama sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut dalam teater filem komersial untuk kemasukan berbayar,” demikian menurut peraturan rasmi akademi.

 

Sumber: CNN

Author