Terkini
‘Mengapa saya perlu keluar parti, jika tidak sependapat dengan presiden?‘ – KJ
Walaupun tidak bersependapat dengan mana-mana ahli dalam parti bahkan sekiranya orang itu adalah presiden tidak semestinya kita perlu keluar parti, kata Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

- Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mengatakan di dalam parti terdapat ruang untuk para ahlinya berbeza pendapat.
- “Saya rasa Rafizi dan Anwar bukan selalunya sependapat, saya tahu mereka tidak selalu bersependapat. Jadikah apakah Rafizi patut keluar daripada partinya dan bentuk sebuah parti baharu bersama saya? Tidak kami hanya berkawan baik.”
- Khairy tidak menolak besar kemungkinan berlaku parlimen tergantung.
- “Kita pernah bekerjasama dengan PN, sudah ada sedikit keselesaan disitu. Semestinya ada perselisihan juga antara kami dan mereka tapi keselesaan itu sudah ada.”
- Khairy menjelaskan bukan satu perkara mustahil dalam dunia politik sekiranya PH, dan BN berkerjasama membentuk kerajaan.
- Kenyataan itu dikeluarkan daripada petikan video berdurasi empat minit 19 saat yang disiarkan di akaun Twitter @BFM89.9.
KUALA LUMPUR – Walaupun tidak bersependapat dengan mana-mana ahli dalam parti bahkan sekiranya orang itu adalah presiden tidak semestinya kita perlu keluar parti, kata Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, di dalam parti terdapat ruang untuk para ahlinya berbeza pendapat.
“Walaupun saya tidak sependapat dengan seseorang dalam parti saya, mengapa saya perlu keluar parti? Walaupun orang tersebut adalah presiden parti tersebut.”
“Saya rasa bahawa Rafizi dan Anwar bukan selalunya sependapat, saya tahu mereka tidak selalu bersependapat.”
“Jadikah apakah Rafizi patut keluar daripada partinya dan bentuk sebuah parti baharu bersama saya?”
“Tidak kami hanya berkawan baik. Bukankah ia lebih menarik jika saya dan Rafizi menjadi Perdana Menteri dan ketua pembangkang atau sebaliknya lalu berdebat di parlimen untuk rakyat setiap minggu. Bukankah itu lebih menarik?” kata beliau dalam petikan video berdurasi empat minit 19 saat yang disiarkan di akaun Twitter @BFM89.9.
Tweet itu disiarkan pada hari ini, menerusi tajuk ‘Why should I quit UMNO because of Zahid?’ yang menampilkan hos radio, Wong Shou Ning.
Dalam pada itu, Khairy juga tidak menolak besar kemungkinan akan berlaku parlimen tergantung ekoran tiada mana-mana parti dapat melepasi garisan penamat seorang diri.
Justeru katanya, mereka terbuka mengadakan sebarang perbincangan kerana dilihat sebuah pakatan ataupun gabungan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini berkemungkinan akan berlaku.
Bagaimanapun Khairy berkata mereka perlu melihat bentuk aspirasi yang dikongsikan kerana ia bukan sekadar suatu pembentukan pakatan, berikutan itu juga kesemua pihak perlu hadir dalam perbincangan dan menyatakan sokongan mereka.
“Kita pernah bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), sudah ada sedikit keselesaan disitu. Semestinya ada perselisihan juga antara kami dan mereka tapi keselesaan itu sudah ada.”
“Tetapi kita perlu terbuka dan lihat susun atur mana yang akan membentuk kerajaan paling stabil. Kita tidak boleh lupakan bahawa Ismail Sabri telah memimpin sebuah kerajaan hasil gabungan BN dan PN.”
“Tetapi dia juga telah memimpin sebuah kerajaan yang telah melaksanakan memorandum persefahaman yang ala-ala ‘CSA’ iaitu ‘Confidence and Supply Agreement’ yang membawa kepada stabiliti di negara selama setahun lalu.”
“Jadi itu juga satu lagi model kerjasama politik yang kita boleh guna,” katanya.
Khairy juga berkata, kita perlu memastikan bahawa kita mampu bergerak seiring dengan mereka (pakatan) dari segi aspirasi bersama, nilai-nilai juga dasar-dasar polisi.
Jelasnya, sebelum ini mereka telah menjalankan tugas dengan baik dalam usaha menangani pandemik di mana Malaysia hinggakan kita berada dalam angka suku ketiga yang hebat dalam konteks pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jadi, beliau menginginkan momentun tersebut diteruskan kerana cabaran global tahun depan akan semakin sengit.
Mengulas lanjut berkenaan adakah terdapat kemungkinan BN berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan, Khairy menjelaskan itu bukan satu perkara yang mustahil ini adalah dunia politik.
“Itu suatu perbincangan yang sukar. Mungkin ia boleh terbentuk melalui ‘CSA’, mungkin juga dalam bentuk memorandum persefahaman di mana pergelutan politik akan dihentikan sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang supaya kita boleh teruskan dan kuatkan usaha pemulihan.”
“Tiada yang mustahil dalam dunia politik, saya hanya menyatakan satu keberangkalian dan itulah senario yang saya rasa boleh berlaku,” katanya.
Sumber : Twitter @BFM89.9

You must be logged in to post a comment Login