Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] PCR setiap 24 jam, polisi sifar Covid sekat kebebasan rakyat China

Walaupun semakin banyak negara menggugurkan peraturan untuk pandemik Covid-19, kebanyakan wilayah di China masih mengenakan dasar kuarantin dan ujian ketat sekalipun berdepan kritikan orang ramai. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] PCR setiap 24 jam, polisi sifar Covid sekat kebebasan rakyat China
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.

Walaupun semakin banyak negara menggugurkan peraturan untuk pandemik Covid-19, kebanyakan wilayah di China masih mengenakan dasar kuarantin dan ujian ketat sekalipun berdepan kritikan orang ramai. 

Ini kerana China masih berpegang kepada polisi sifar Covid yang dipertahankannya sejak dari awal selaku negara pertama di dunia yang merekodkan kes Covid 19.

Kebelakangan ini, Shenzhen, sebuah bandar dengan lebih 17 juta penduduk di wilayah Guangdong menyaksikan peningkatan kes Covid hingga mendorong Kerajaan China memperketatkan langkah pencegahan.

Bandar itu mengenakan peraturan ketat iaitu penduduk di situ dikehendaki membuat ujian PCR bagi setiap 24 jam sedangkan sebelum ini jarak masa antara ujian PCR adalah sekali bagi tempoh 72 jam.

Wilayah itu juga menggunakan sistem Covid-pass elektronik, Kod Kesihatan Guangdong (GHC) dikenali sebagai Yuekang untuk memantau pergerakan rakyat dan status jangkitan. 

Penduduk wilayah itu bergantung pada aplikasi Yuekang yang dipasang pada telefon mereka untuk menjalani kehidupan seharian mereka di mana ia memancarkan kod QR bagi membenarkan mereka masuk ke kawasan tertutup seperti kediaman atau tempat kerja mereka. 

Mereka hanya dibenarkan masuk jika ujian PCR menunjukkan mereka negatif Covid dan tidak berhubung rapat dengan pesakit.

Bagaimanapun, penduduk China di kawasan terbabit mulai meluahkan rasa tidak senang akan peraturan ketat itu yang menyebabkan mereka perlu beratur panjang sekurang-kurangnya 1.5 kilometer untuk membuat PCR, tidak dibenarkan memasuki bangunan untuk bekerja jika tidak menerima keputusan ujian negatif tepat pada masanya.

Bahkan, menurut mereka terkadang berlaku situasi di mana data menjadi salah dan kod mereka bertukar kuning atau merah secara tidak sengaja sedangkan mereka memerlukan kod hijau untuk bergerak bebas.

Keluhan itu berlaku berikutan sistem yang digunakan di wilayah itu berhadapan gangguan baru-baru ini.

Pada masa sama, terdapat klip video yang menunjukkan terdapat beberapa individu, difahamkan penghidap Covid-19, dimasukkan ke dalam kotak logam dan tiub plastik ketika China berusaha menangani penularan wabak penyakit itu.

Malah dalam video berbeza dapat disaksikan bagaimana penduduk China yang enggan pergi ke pusat kuaratin ditarik secara paksa, diheret beberapa individu memakai sut pelindung putih bagi mengeluarkan mereka dari sebuah apartmen.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *