Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Niat letupkan masjid, akhirnya masuk Islam

Pesara tentera, Richard McKinney, yang dahulunya berkhidmat di Timur Tengah, pernah merancang meletupkan masjid di Indiana sehinggalah lawatannya ke sana mencetuskan perubahan besar terhadap dirinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Niat letupkan masjid, akhirnya masuk Islam
Foto: Pesara tentera, Richard McKinney.

Pesara tentera, Richard McKinney, yang dahulunya berkhidmat di Timur Tengah, pernah merancang meletupkan masjid di Indiana sehinggalah lawatannya ke sana mencetuskan perubahan besar terhadap dirinya.

“Saya sangat benci dan marah” kata McKinney. 

“Saya benci apa sahaja dan segala-galanya tentang Islam dan sesiapa sahaja yang kelihatan Islamik. Saya merasakan Islam adalah barah di dunia ini,” katanya dipetik TRT World.

Selepas 25 tahun berkhidmat dalam Kor Marin, dia terpaksa bersara akibat kecederaan ketika bertugas di Iraq. 

Susulan itu, dia memutuskan Islam adalah musuhnya.

Dia kemudian merancang untuk membuat bom dan meletupkannya di masjid di bandar Indiana iaitu tempat tinggalnya, dengan menjangkakan kira-kira 200 lelaki, wanita dan kanak-kanak akan hadir. 

Dia juga bersedia jika ditangkap dan dihukum bunuh di penjara.

Anak perempuannya yang berusia 7 tahun mempunyai seorang rakan Muslim di sekolah dan dia tidak menyukainya. 

Kekecewaan anaknya terhadap sikap prejudisnya itu mendorong McKinney hadir ke masjid dan bertemu orang-orang di sana.

Ketika itulah dia membawa pulang senaskah Al-Quran dan menyedari tiada apa yang dilakukan pengganas adalah berdasarkan apa yang dibaca dalam kitab suci itu. 

Segala persoalannya juga dapat dijawab dengan jelas oleh orang-orang di masjid itu

Dua bulan kemudian, McKinney memutuskan untuk kembali ke masjid itu bagi mengucapkan dua kalimah Syahadah.

“Saya akhirnya menemui jawapan kepada perkara yang telah lama saya persoalkan dalam hidup saya,” katanya. 

“Saya mendapati sesuatu yang akan membantu saya meneruskan kehidupan saya. Sejak itu, saya sentiasa bercakap dengan orang ramai untuk meredakan kebencian terhadap agama ini,” kata pesara tentera yang memeluk Islam itu.

 Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *