Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Doktor pro-LGBTQ gagal jawab soalan adakah lelaki boleh hamil dan lahirkan anak?

Seorang doktor pro-LGBTQ gagal menjelaskan pertanyaan ringkas daripada wakil Parti Republikan Andrew Clyde, berkenaan adakah seseorang yang biologinya lelaki boleh mengandung dan melahirkan anak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Doktor pro-LGBTQ gagal jawab soalan adakah lelaki boleh mengandung dan lahirkan anak?
Foto: Dari kiri, Dr Bhavik Kumar dan Andrew Clyde.

Seorang doktor pro-LGBTQ gagal menjelaskan pertanyaan ringkas daripada wakil Parti Republikan Andrew Clyde, berkenaan adakah seseorang yang biologinya lelaki boleh mengandung dan melahirkan anak.

Menerusi satu video pendek berdurasi satu minit 20 saat yang dikongsikan di akaun Tiktok @MSNBC memaparkan pertanyaan tersebut dikemukakan ketika perbicaraan senat mengenai keadaan penjagaan pengguguran di Amerika Syarikat, di mana wakil Republik Andrew Clyde bertanya kepada seorang doktor di kandang saksi iaitu Dr Bhavik Kumar yang juga daripada Planned Parenthood iaitu antara tempat penyedia penjagaan kesihatan trans terbesar di Amerika Syarikat.

Ketika menjawab pertanyaan itu, Dr Bhavik Kumar berkata, “Lelaki boleh mengandung, terutamanya lelaki trans.”

Bagaimanapun, Clyde sekali lagi mengemukakan soalan sama, “Jadi bolehkah lelaki biologi mengandung dan melahirkan anak? Jadi adakah anda mengatakan bahawa wanita biologi yang dikenali sebagai lelaki kemudiannya mengandung adalah ‘lelaki’? Adakah itu yang anda katakan?”

Berasa tidak senang diajukan pertanyaan sama Dr. Kumar menyatakan bahawa pertanyaan tersebut sebagai tidak masuk akal memandangkan kehadiran dia di perbicaraan tersebut untuk membincangkan isu lain.

Jelas Clyde, ketika itu dia posisi untuk mengajukan pertanyaan maka sewajarnya Dr. Kumar menjawab pertanyaan tesebut.

Justeru Dr Kumar tidak dapat menafikan pernyataan Cylde dan dia berpandangan seseorang yang mempunyai rahim mungkin mempunyai keupayaan untuk mengandung sama ada mereka wanita atau lelaki.

Namun, sekali lagi Cylde membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa dia sudah mendapat jawapan atas soalannya sebentar tadi dan ia tidak begitu rumit untuk dijelaskan.

”Izinkan saya memberitahu anda, jika seseorang mempunyai rahim dan dilahirkan sebagai perempuan, mereka adalah wanita. Itu bukan lelaki dan sebahagian besar dunia menganggapnya sebagai wanita kerana terdapat perbezaan biologi antara lelaki dan wanita.

Dengan jelas saya maksudkan, mana-mana kelas biologi sekolah menengah mengajar bahawa lelaki dan wanita mempunyai kromosom yang berbeza, perempuan adalah kromosom XX dan lelaki adalah kromosom XY. 

Dalam pada itu, tegasnya yang juga seolah tidak percaya bahawa dia perlu menjelaskan sesuatu yang tidak perlu iaitu lelaki tidak boleh mengandung dan tidak boleh melahirkan – bersalin tanpa mengira cara mereka mengenal pasti diri mereka.

Sumber : Tiktok @MSNBC

Author