Connect with us

Terkini

“Usahakan muafakat dalam kalangan parti politik Melayu” – Ummah

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam supaya terus bermusyawarah berhubung agenda muafakat bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam di 110 kerusi dominan Melayu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Usahakan muafakat dalam kalangan parti politik Melayu” – Ummah
Foto: Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa.
  • Ummah menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam untuk bermuafakat demi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam.
  • Umat Islam juga diseru untuk sentiasa menyokong penyatuan muafakat politik Islam demi kestabilan dan kesejahteraan negara.
  • Ummah berkongsi kekecewaan Yang di-Pertuan Agong melihat pembubaran Parlimen ke-14 dikala negara dijangka menghadapi musim tengkujuh.
  • Bagaimanapun mandat rakyat mesti disempurnakan dengan sebaiknya dalam PRU15 ini dengan memilih pemimpin dan parti yang bertanggungjawab kepada kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam supaya terus bermusyawarah berhubung agenda muafakat bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam di 110 kerusi dominan Melayu.

Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa bagaimanapun menzahirkan kekecewaan dengan pembubaran Parlimen tahun ini dalam situasi negara dijangka berdepan dengan musim tengkujuh.

“Ummah juga menyeru agar semua pemimpin dan parti politik Melayu Islam terus bermusyawarah ke arah memperkasa agenda muafakat politik bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu Islam di 110 kerusi dominan Melayu Islam.

“Ummah juga menyeru umat Islam terus memberikan sokongan kepada penyatuan muafakat politik Islam bagi mengukuhkan kestabilan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam pada itu, Ummah senada dengan Yang di-Pertuan Agong yang kecewa dengan situasi politik terkini negara ketika ini. “Kerajaan sewajarnya menumpukan kepada usaha membantu kebajikan dan kesejahteraan rakyat berdepan bencana dan banjir.

“Walau bagaimana pun mandat rakyat mestilah disempurnakan dengan sebaiknya dalam PRU15 ini dengan memilih pemimpin dan parti yang bertanggungjawab kepada kedaulatan agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *