Connect with us

Terkini

Saman Charles Santiago bersifat skandal,menyusahkan dan salah guna proses mahkamah – peguam

Saman difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku defendan, susulan pembubaran Parlimen, perlu ditolak kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Wartawan TMT

Published

on

Saman Charles Santiago bersifat skandal,menyusahkan dan salah guna proses mahkamah - peguam
Foto: Charles Santiago.
  • Saman difailkan Charles Santiago terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan SPR selaku defendan, susulan pembubaran Parlimen, perlu ditolak kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.
  • “SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 5 November. Oleh itu, saman pemula difailkan plaintif wajar ditolak oleh mahkamah kerana ia bersifat akademik,” – Peguam mewakili ketiga-tiga defendan 
  • Saman juga perlu dibatal kerana ia bersifat skandal, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
  • “Perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak boleh dijustifikasikan dan akan berlaku ketidakadilan serta penyalahgunaan proses mahkamah jika permohonan untuk membatalkan saman itu tidak dibenarkan.”

Kuala Lumpur – Saman difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku defendan, susulan pembubaran Parlimen, perlu ditolak kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Peguam mewakili ketiga-tiga defendan itu, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, ia selepas SPR menetapkan 19 November ini, sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 5 November. Oleh itu, saman pemula difailkan plaintif wajar ditolak oleh mahkamah kerana ia bersifat akademik,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Charles selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan PRU-15.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dilaporkan mengumumkan tarikh penting PRU-15 itu dalam sidang media khas.

Pengundian awal pula ialah pada 15 November, manakala tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 5 November, bagi semua calon dan parti politik bertanding hingga jam 11.59 malam, 18 November.

Zulkefli berkata, saman itu juga perlu dibatalkan atas alasan ia bersifat skandal, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Katanya, ia jelas sekali terdapat perkara tertentu termasuk isu pembubaran Parlimen yang tidak sesuai dibicarakan. 

Beliau berkata, inti pati dan perkara utama yang dibangkitkan plaintif menerusi saman itu, kekal sebagai subjek yang tidak boleh dijustifikasikan. 

“Plaintif dilihat tidak mendedahkan sebab tindakan atau sebab tindakan yang munasabah menerusi saman itu. Kuasa prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berhujah bahawa ini adalah satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan baginda membubarkan parlimen. Oleh itu, kami mengemukakan bahawa pembubaran dibuat di bawah peruntukan itu.

“Bagi menentukan sama ada penggunaan kuasa perlembagaan tertentu adalah wajar, perkara itu perlu diteliti. Perkara utama dalam permohonan plaintif adalah mengenai kuasa prerogatif baginda untuk membubarkan parlimen. 

“Perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak boleh dijustifikasikan dan akan berlaku ketidakadilan serta penyalahgunaan proses mahkamah jika permohonan untuk membatalkan saman itu tidak dibenarkan,” katanya.

Prosiding bersambung petang.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending