Antarabangsa
Pornografi lemahkan iman – Pope Francis
Pope Francis memberi amaran kepada ahli seminar di Rom tentang bahaya bahan lucah dalam talian, menyifatkannya sebagai godaan “melemahkan hati yang beriman”.

- Pope Francis menyifatkan bahan lucah sebagai ancaman melemahkan iman.
- Dia berkata demikian kerana ramai terjebak dengan bahan lucah, termasuk dalam kalangan paderi dan biarawati.
- Ketua gereja Roman Katolik menasihati jemaahnya untuk memadam bahan lucah dari telefon bimbit agar tidak mempunyai “godaan di tangan sendiri”.
- “Setiap daripada anda berfikir jika anda mempunyai pengalaman atau mempunyai godaan pornografi digital. Ia adalah maksiat yang begitu ramai lakukan, orang awam termasuk juga paderi dan biarawati,” kata Pope Francis.
Pope Francis memberi amaran kepada ahli seminar di Rom tentang bahaya bahan lucah dalam talian, menyifatkannya sebagai godaan “melemahkan hati yang beriman”.
Ketua institusi agama Roman Katolik itu menjawab dengan panjang lebar kepada pelbagai soalan daripada paderi dan ahli seminar semasa mesyuarat di Vatican pada Isnin.
Dia membincangkan isu hidup berbudi kepada seseorang yang bergelut dengan kekurangan peribadi.
Ditanya mengenai penggunaan media digital dan sosial sebagai platform berkongsi kegembiraan dalam kalangan penganut Kristian, Francis mengingatkan agar tidak terlalu taksub dengan berita dan muzik kerana ia membuat manusia lalai dengan duniawi.
“Setiap daripada anda berfikir jika anda mempunyai pengalaman atau mempunyai godaan pornografi digital. Ia adalah maksiat yang begitu ramai lakukan, orang awam termasuk juga paderi dan biarawati,” kata Pope Francis dipetik AlJazeera.
“Dan saya bukan sahaja bercakap tentang pornografi jenayah seperti penderaan kanak-kanak, di mana anda melihat kes penderaan secara langsung, tetapi pornografi yang lebih ‘normal’,” katanya.
Pope Francis mengutuk pornografi sebelum ini, yang terbaru pada Jun, apabila dia menyebutnya sebagai “serangan kekal terhadap maruah lelaki dan wanita” serta menegaskan ia adalah “ancaman kepada kesihatan awam”.
Dia turut menasihati jemaahnya memadam bahan lucah dari telefon bimbit agar tidak mempunyai “godaan di tangan sendiri”.
“Syaitan masuk dari situ,” dia memberi amaran. “Ia melemahkan hati yang beriman,” katanya.
Sumber: Al Jazeera
