Antarabangsa
Diskriminasi: Syarikat di Perancis larang, ambil tindakan pekerja guna air untuk ‘beristinjak’
Sebuah syarikat di Perancis meletakkan notis tindakan tegas bakal diambil terhadap pekerja beristinjak menggunakan air selepas membuang air besar/kecil, demikian laporan The Siasat Daily.

- Sebuah syarikat di Perancis melarang pekerjanya ‘beristinjak’ menggunakan air di tandas melalui satu notis.
- Menurut notis itu, syarikat bakal mengenakan tindakan tegas bagi pekerja yang didapati memasuki tandas membawa bekas berisi air.
- Notis turut menyebut beristinjak menggunakan tisu itu adalah suatu kebiasaan di Perancis.
- Pengkritik mendakwa notis itu ditujukan kepada pekerja beragama Islam yang menggunakan air bersih untuk beristinjak.
- Istinjak adalah terma Islam merujuk kepada penggunaan air untuk membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
Sebuah syarikat di Perancis meletakkan notis tindakan tegas bakal diambil terhadap pekerja beristinjak menggunakan air selepas membuang air besar/kecil, demikian laporan The Siasat Daily.
Notis itu menyebut, “Perhatian kepada semua pengguna tandas. Adalah suatu kebiasaan di Perancis untuk mengelap menggunakan tisu tandas dan membasuh tangan kemudian menggunakan sabun.
“Menggunakan air yang mengalir dari botol plastik sama sekali bertentangan dengan peraturan kebersihan ditetapkan dalam syarikat ini. Oleh itu, sesiapa didapati memasuki tandas membawa botol berisi air akan dikenakan tindakan tegas”.
(Istinjak adalah terma Islam merujuk kepada penggunaan air untuk membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil)
Pengkritik mendakwa notis itu ditujukan kepada pekerja beragama Islam yang menggunakan air bersih untuk beristinjak.
Kebanyakan tandas di barat tidak dilengkapi dengan paip air berdekatan mangkuk tandas.
Oleh itu, orang Islam yang menggunakan tandas terpaksa membawa apa sahaja bekas berisi air bersih untuk tujuan berinstinjak.
Sumber: Siasat
