Connect with us

Komuniti

[VIDEO] “Bye-bye Youtube Kids”, Durioo papar kandungan Islamik dan selamat ditonton kanak-kanak

Platform penstriman khas kanak-kanak Durioo adalah platform animasi pertama di Malaysia yang menyediakan kandungan Islamik untuk ditonton kanak-kanak seluruh dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] “Bye-bye Youtube Kids”, Durioo papar kandungan Islamik dan selamat ditonton kanak-kanak
  • Platform penstriman khas kanak-kanak Durioo adalah platform animasi pertama menyediakan kandungan Islamik.
  • Durioo bakal menjadi penstriman global seperti Netflix dan Disney.
  • Platform itu selamat kerana mempunyai nilai Islamik yang sesuai ditonton  kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

KUALA LUMPUR – Platform penstriman khas kanak-kanak Durioo adalah platform animasi pertama di Malaysia yang menyediakan kandungan Islamik untuk ditonton kanak-kanak seluruh dunia.

Menurut hantaran Muhd Nizam di Facebook, Durioo bakal menjadi penstriman global seperti Netflix dan Disney.

“Team Durioo+ target nak jadi ala-ala Netflix dan Disney tapi khas untuk anak-anak Muslim terutamanya.

“Bye-bye Youtube Kids dan seangkatan denganya,” katanya

Menurutnya, platform Durioo adalah platform yang selamat untuk kanak-kanak kecil, kerana menyediakan kandungan baik dan mempunyai nilai Islamik yang sesuai ditonton  kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

Beliau berkata, platform itu boleh digunakan dengan tiga peranti serentak sekali gus boleh memuat turun kandungan itu untuk ditonton ketika tiada capaian internet. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Durioo, Sinan Ismail, yang juga pengasas siri animasi Didi & Friends serta Omar & Hana, platform itu disediakan bertujuan untuk memaparkan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat kepada kanak-kanak seluruh negara. 

Sebelum ini dilaporkan, siri animasi yang diperkenalkan platform-platform penstriman global menimbulkan kebimbangan netizen dan ibu bapa di Malaysia susulan kandungan yang dipaparkan mempunyai kandungan LGBTQ dan menampilkan adegan “cium-mencium” di Youtube Kids.

Dalam pada itu, terdahulu, Disney mendedahkan bahawa syarikat itu telah membuat pengumuman akan menyokong dan memperjuangkan hak Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

Perkara ini menjadi kebimbangan ramai ekoran animasi-animasi popular itu dikhuatiri membawa impak negatif dan fahaman yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak Islam, ia susulan kebanyakan kandungan animasi kanak-kanak itu disediakan oleh penstriman popular seperti  Disney, Netflix dan Youtube.

Sumber: Facebook 

 

Author