Connect with us

Terkini

Bubar parlimen: tiada peruntukan khusus tentang kedudukan “nasihat” PM kepada YDPA – pakar perlembagaan

Susulan desas-desus Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan bahawa perkenan pembubaran Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bubar parlimen: tiada peruntukan khusus tentang kedudukan “nasihat” PM kepada YDPA - pakar perlembagaan
Foto: Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
  • Tiada peruntukan khusus menyatakan kedudukan “nasihat” Jemaah Menteri atau nasihat Perdana Menteri bagi urusan pembubaran Parlimen.
  • “Mereka yang berhujah menyatakan ia adalah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri merujuk kepada Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
  • Saya tidak mengambil pendekatan tafsiran ini.  Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa perkenan membubarkan Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.” – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

KUALA LUMPUR – Susulan desas-desus Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan bahawa perkenan pembubaran Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, tiada peruntukan khusus yang menyatakan tentang kedudukan “nasihat” Jemaah Menteri atau nasihat Perdana Menteri bagi urusan pembubaran Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berkenaan beberapa pertanyaan adakah perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri atau atas kuasa budi bicara baginda? 

Katanya pada Ahad menerusi Facebook, “Mereka yang berhujah menyatakan bahawa ia adalah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri merujuk kepada Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak mengambil pendekatan tafsiran ini.  Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa perkenan membubarkan Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.”

Jelasnya, dalam hal berkaitan pembubaran Parlimen, terdapat tiga peruntukan  berkaitannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut ialah:

  1. Perkara 40(2)(b)
    Perkara ini menyatakan: “…. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:…
    (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;… …”;
  2. Perkara 55(2)
    Perkara ini menyatakan: “Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.”; dan
  3. Perkara 43(4)
    Perkata ini menyatakan: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah wajib diperoleh bagi membolehkan pembubaran Parlimen, kecuali Parlimen bubar secara automatik setelah mencapai usia lima tahun menurut Perkara 55(3). Ini kerana pembubaran Parlimen adalah kuasa baginda menurut Perkara 55(2). 

Sumber : Facebook Shamrahayu Aziz

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *