Antarabangsa
Sabra, hero Marvel buat negara haram Israel
Marvel akan menampilkan watak superhero atau adiwira Israel dalam francais filem terbarunya ‘Captain America: New World Order’ dijadualkan untuk tayangan pada 2024.
- Marvel akan menampilkan watak adiwira Israel dalam francais filem terbarunya ‘Captain America: New World Order’ yang dijadualkan untuk tayangan pada 2024.
- Berdasarkan video berdurasi 59 saat bertajuk “Marvel introduces Israeli superhero” dikongsikan instagram Middle East Monitor, watak adiwira itu akan dikenali sebagai, Sabra.
- Sabra merupakan watak seorang ejen perisikan Mossad yang mempunyai kekuatan ‘super-human’, ia pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk pada awal 1980-an.
- Pengkritik mengecam pemilihan nama watak adiwira itu yang membangkitkan kenangan insiden Sabra dan Shatila yang menyaksikan pembunuhan kejam dan penyembelihan pelarian Palestin di Lubnan pada 1982.
Kuala Lumpur – Marvel akan menampilkan watak superhero atau adiwira Israel dalam francais filem terbarunya ‘Captain America: New World Order’ dijadualkan untuk tayangan pada 2024.
Berdasarkan video berdurasi 59 saat bertajuk “Marvel introduces Israeli superhero” dikongsikan instagram Middle East Monitor, watak adiwira itu akan dikenali sebagai, Sabra.
Sabra merupakan watak seorang ejen perisikan Mossad yang mempunyai kekuatan ‘super-human’, ia pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk pada awal 1980-an.
Watak adiwira kontroversi itu akan dilakonkan Shira Hass, yang juga pelakon wanita Israel.
Sabra memakai kostum putih berjalur biru di tangan dan pinggang. Di dadanya terdapat lambang ‘Perisai Daud’ atau dalam bahasa Ibrani dipanggil ‘Magen David’ yang menjadi lambang komuniti atau agama Yahudi. Ia juga lambang pada bendera rejim zionis Israel.
Pengkritik mengecam pemilihan nama watak adiwira itu yang membangkitkan kenangan insiden Sabra dan Shatila yang menyaksikan pembunuhan kejam dan penyembelihan pelarian Palestin di Lubnan pada 1982.
Dalam insiden itu, ribuan pelarian Palestin terbunuh di sebuah kem pelarian di Lubnan di bawah pengawasan tentera Israel.
Pelarian-pelarian terbabit sebelum itu dihalau keluar dari rumah mereka di Palestin pada 1948 untuk memberi laluan kepada penubuhan negara haram Israel.
Sumber : Instagram Middle East Monitor