Antarabangsa
Monarki British paling lama bertahan, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun
Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun, menurut pengumuman Istana Buckingham pagi kelmarin.
- Menurut pengumuman Istana Buckingham semalam, Ratu Elizabeth II, disahkan mangkat pada usia 96 tahun.
- Sebelum ini dilaporkan keluarga diraja dikhabarkan sudah berkumpul di Scotland susulan tahap kesihatannya kurang stabil.
- Anak sulung Baginda, Charles bakal menggantikan tempatnya sebagai raja.
- Sejak Oktober lalu, Ratu Elizabeth menghabiskan masa di hospital dan kurang berinteraksi dengan orang awam.
LONDON – Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun, menurut pengumuman Istana Buckingham pagi kelmarin.
Anak sulung baginda, Charles akan menggantikannya sebagai raja.
Sebelum ini, keluarga diraja dikhabarkan sudah berkumpul di Scotland kerana tahap kesihatan Ratu dikatakan kurang stabil.
Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.
Oktober tahun lalu, Ratu Elizabeth menghabiskan masa semalaman di hospital dan sejak itu baginda dipaksa mengurangkan interaksi dengan awam.
Semalam, baginda membatalkan mesyuarat secara maya dengan menteri kanan selepas disyorkan doktornya.
Sehari sebelum itu, baginda hadir dalam majlis pelantikan Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss di Balmoral.
Awal tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II menaiki takhta dengan sambutan selama empat hari pada Jun lalu. – Agensi
Sumber: Sinar Harian