Connect with us

Terkini

Mansuh hukuman sebat : hukuman alternatif perlu setimpal, menginsafkan

Kerajaan perlu mengkaji hukuman alternatif yang setimpal dengan perbuatan pesalah yang dikenakan hukuman sebat bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Mansuh hukuman sebat : hukuman alternatif perlu setimpal, menginsafkan
Foto: Demo pelaksanaan hukuman sebat.
  • Hukuman alternatif seharusnya beri lebih kegerunan kepada masyarakat sekaligus mampu membendung berlakunya kes jenayah.
  • “Saya berharap kerajaan membuat kajian dan melihat sebaiknya hukuman yang sesuai sebelum (sebatan) dimansuhkan. Jika hendak diganti, pastikan hukuman itu setimpal dengan perbuatan dan kesalahan pesalah, tidak kira apa jenis kesalahan yang dilakukan.” –  Bekas pesalah, Mohd Nuri Selajudin
  • Hukuman sebat menginsafkan banduan atas kesalahan merogol, dadah dan sebagainya.

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mengkaji hukuman alternatif yang setimpal dengan perbuatan pesalah yang dikenakan hukuman sebat bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka.

Mohd Nuri Selajudin berpandangan, hukuman alternatif seharusnya memberi lebih kegerunan kepada masyarakat sekali gus mampu membendung berlakunya kes jenayah.

“Saya berharap kerajaan membuat kajian dan melihat sebaiknya hukuman yang sesuai sebelum (sebatan) dimansuhkan. Jika hendak diganti, pastikan hukuman itu setimpal dengan perbuatan dan kesalahan pesalah, tidak kira apa jenis kesalahan yang dilakukan.

“Hukuman sebatan pada pandangan saya sangat perit kerana boleh mengoyakkan daging pada tempat disebat dan merupakan hukuman yang sememangnya menginsafkan mana-mana banduan yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan merogol, dadah dan sebagainya,” katanya pada program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk Mansuh Hukuman Sebat, Penjenayah Hela Nafas Lega yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Mansuh hukuman sebat : hukuman alternatif perlu setimpal, menginsafkan

Turut diundang menjadi panelis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Dr Noor Aishah Rosli dan rakan pengurusan Tetuan Fahri, Azzat & Co, Fahri Azzat.

Dalam pada itu Mohd Nuri mengakui, hukuman empat kali sebatan yang dikenakan terhadapnya pada 2017 atas kesalahan yang dilakukan telah meninggalkan kesan fizikal sekali gus menginsafkan.

“Hukuman sebatan boleh menginsafkan. Sebelum disebat, perasaan gementar itu sudah wujud kerana tahu sangat sakit. Saya hanya boleh berdoa supaya hukuman itu cepat habis sebab tak sanggup nak tunggu untuk jalani hukuman itu lagi.

“Jadi kalau betul pemansuhan sebatan itu akan digantikan dengan hukuman alternatif lain, diharap ia sesuai dan mampu mendatangkan keinsafan terhadap pesalah.

“Tetapi kalau pemansuhan ini tidak mendatangkan insaf kepada banduan atau pesalah, kena fokus, teliti dan kaji semula undang-undang itu,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending