Connect with us

Ekonomi

Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit, ia berisiko – Menteri Kewangan

Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit, ia berisiko - Menteri Kewangan
Foto: Tengku Datuk Seri Zafrul, sumber Sinar Harian.
  • Kerajaan melalui BNM tidak bercadang menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian besar.
  • “Seandainya tambatan dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya jadi ‘rujukan’ atau asas bagi tambatan ringgit.
  • “Jika ringgit ditambat, Malaysia akan menghadapi kekangan menetapkan dasar monetari dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti di AS.”
  • Ia juga perlu dilengkapi langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal di mana tindakan ini akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
  • Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar selain mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran berdaya tahan bagi memastikan kestabilan nilai ringgit.

“Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh BNM untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing dan mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus menguruskan risiko perkembangan domestik dan luaran.

“Berbanding tahun 1997 dan 1998, negara kini tidak berada dalam situasi krisis kewangan mahupun ekonomi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan melalui BNM tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) pada masa ini kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar.

“Seandainya tambatan dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi ‘rujukan’ atau asas bagi tambatan ringgit.

Advertisement

“Jika ringgit ditambat, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti di AS,” katanya.

Selain itu, katanya, langkah tambatan mata wang juga perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal.

“Tindakan ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, walaupun nilai ringgit telah menurun sebanyak 8.7 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, pelbagai mata wang lain juga merosot dengan kadar yang lebih ketara, termasuk yen Jepun, pound Britain, euro dan dolar Taiwan.

Katanya lagi, pengukuhan meluas dolar AS merupakan faktor utama yang telah mempengaruhi pergerakan pertukaran asing global dan serantau termasuk kenaikan kadar faedah yang besar dan agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) secara kumulatif sebanyak 225 mata asas setakat 20 September 2022.

“Kadar faedah AS dijangka meningkat lagi antara 75 atau 100 mata asas semasa mesyuarat seterusnya pada hari ini bagi membendung inflasi di AS yang terus meningkat,” katanya.

Advertisement

Selain itu, katanya, pulangan aset dalam dolar AS yang lebih tinggi akan menjana permintaan yang lebih tinggi terhadap aset tersebut dalam kalangan pelabur global.

“Ini telah menggugat sentimen dalam pasaran dan kalangan pelabur yang seterusnya bertindak untuk menyusun semula portfolio pelaburan mereka dalam aset selamat dan instrumen kewangan dalam dolar AS.

“Sudah pastinya kebanyakan mata wang dunia akan terus melemah berbanding dolar AS akibat daripada situasi ini,” tambahnya. – Bernama

Sumber : Sinar Harian

Author

Advertisement

Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Advertisement

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Advertisement

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending