Connect with us

Antarabangsa

“Hijab is No”, wanita berhijab tidak dibenarkan kerja di Korea Selatan

Seorang wanita muslim yang tinggal di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon kerja susulan dia tidak dibenarkan mengenakan tudung ketika bertugas di tempat kerja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Hijab is No”, wanita berhijab tidak dibenarkan kerja di Korea Selatan
Foto: Tangkap layar dari video TikTok tersebut.
  • Seorang wanita berhijab di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran apabila dia tidak dapat bekerja kerana imejnya yang berhijab dan muslim. 
  • Individu yang dikenali sebagai Eina mendakwa bahawa dia tidak boleh kerja di kilang atau kedai makan dalam keadaan berhijab.
  • Eina tidak memilih untuk tidak bekerja dengan syarikat terbabit malah tekad untuk terus memakai hijab walaupun berdepan dengan kesukaran.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita muslim yang tinggal di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon kerja susulan dia tidak dibenarkan mengenakan tudung ketika bertugas di tempat kerja.

Pendedahan itu dibuat di TikTok, bagi menjawab soalan netizen mengenai pengambilan kerja wanita berhijab di Korea, wanita yang dikenali sebagai Eina yang belajar di negara itu berkongsi kisahnya dalam mencari pekerjaan  di sebuah kedai makan dan kilang.

Menurut perkongsian Eina, dia hadir bagi sesi temuduga bagi memohon pekerjaan di sebuah kilang namun ada syarat yang dikenakan sekiranya dia bekerja iaitu dia tidak boleh memakai hijab ketika memasuki kilang. 

Manakala pengalaman yang kedua, Eina mendedahkan sewaktu dia ingin ditawarkan kerja separuh masa di kedai makan yang memerlukan dirinya membuat persediaan bahan makanan. 

Bagaimanapun, setelah menghantar maklumat dirinya dan kad pengenalan diri (ID) kepada syarikat terbabit, syarikat tersebut bertanyakan kepada Eina sama ada dia seorang muslim atau tidak setelah melihat gambar yang tertera di kad pengenalan itu. 

Setelah menjawab pertanyaan wakil syarikat itu, mereka  memaklumkan bahawa hijab tidak boleh dipakai di dalam restoran. 

Kedua-dua syarikat di Korea Selatan itu jelas menolak wanita berhijab bekerja.

Bagaimanapun, Eina memilih untuk tidak bekerja apabila berhadapan dengan situasi tersebut malah dia tekad untuk terus memakai hijab walaupun berdepan dengan kesukaran. 

Hantaran video itu mendapat perhatian ramai yang memuji dan memberi semangat buat dirinya agar terus tetap dengan iman yang kuat walaupun mendepani cabaran sebagai wanita berhijab di Korea. 

Sumber: TikTok 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *