Connect with us

Terkini

UMNO kekal relevan walau apa pun keputusan mahkamah Najib – penganalisis politik

Susulan rayuan terakhir bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd hari ini terdapat banyak persoalan dan ketidakpastian mengenai nasib UMNO sekiranya keputusan tidak berpihak kepadanya. 

Wartawan TMT

Published

on

UMNO kekal relevan walau apa pun keputusan mahkamah Najib - penganalisis politik
Foto: Datuk Seri Najib Razak.
  • Susulan rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd hari ini pelbagai reaksi dan pandangan mengenai keputusan mahkamah.
  • UMNO kekal relevan dengan kekuatan parti yang berteraskan ahli parti dan penyokong tegar parti tersebut. 
  • Krisis yang melibatkan individu dalam parti tidak akan mengubah UMNO kerana keberadaan parti itu dalam sistem politik negara dalam tempoh yang lama.

KUALA LUMPUR – Susulan rayuan terakhir bekas perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd hari ini terdapat banyak persoalan dan ketidakpastian mengenai nasib UMNO sekiranya keputusan tidak berpihak kepadanya. 

Penganalisis keselamatan dan politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata watak individu dalam sesebuah parti adalah signifikan.  

“Dalam sebuah parti, watak individu itu sememangnya penting dalam parti gergasi seperti UMNO dan sudah tentunya apabila melibatkan individu-individu tertentu itu didapati bersalah. 

“Namun, seperti kes Datuk Seri Najib, parti gergasi itu akan kekal kuat sebab dalam mana-mana parti dalam negara sendiri seperti UMNO, PAS, PKR dan DAP mereka mempunyai kekuatan dari segi struktur parti dan kekuatan parti itu sendiri berasaskan ahli kerusi dan penyokong-penyokong parti,” katanya kepada The Merdeka Times. 

Beliau berkata apabila krisis menimpa parti-parti politik seperti UMNO, parti itu tidak banyak akan mengubah isu-isu berkepentingan dalam parti kerana keberadaan parti itu dalam sistem politik negara yang sangat lama. 

“Dalam konteks politik negara, parti gergasi seperti UMNO akan terus kekal relevan walau apa pun keadaan-keadaan tertentu terjadi terhadap parti itu sendiri.

“Sudah tentu penyokong parti itu akan merasa kesal sekiranya keputusan tidak menyebelahi kepada beliau, namun dari segi kekuatan parti itu sendiri dia akan terus kekal berteraskan kekuatan ahli-ahli parti dan penyokong parti.

Advertisement

“Ini terbukti pada 2 Pilihan Raya Umum (pru) lepas bagaimana UMNO berjaya membawa BN memenangi pilihan raya negeri Melaka dan Johor dengan undi yang lebih besar dan banyak,” katanya.

Beliau berkata, jumlah peratusan pengundian rendah pilihan raya umum negeri Johor dan Melaka itu membuktikan kekuatan parti gergasi seperti UMNO bergantung kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO itu sendiri yang kebanyakan daripada penyokong tegar parti tersebut. 

“Ia membawa kepada antara sebab kemenangan utama pilihan raya umum negeri Johor dan Melaka maka dalam situasi ini kekuatan UMNO itu sendiri akan terus berada dalam kepentingan politik negara disebabkan oleh faktor ahli-ahli parti dan penyokong tegar parti itu,” katanya. 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending