Connect with us

Antarabangsa

Oman enggan buka ruang udaranya kepada penerbangan Israel

Kesultanan Oman dilaporkan enggan beri kebenaran kepada pesawat Israel untuk melalui ruang udaranya, demikian lapor portal thecradle.co memetik laporan media Hebrew.

Wartawan TMT

Published

on

Oman enggan buka ruang udaranya
Foto: Sumber Inside Arabia.
  • Tel Aviv mahu kelulusan menggunakan ruang udara Oman kerana ia menyediakan laluan lebih pantas untuk ke negara-negara timur. 
  • Oman tidak membenarkan Israel akses ruang udaranya biarpun kedua-dua negara saling berhubung.
  • Oman tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan rejim Israel dan tidak akan menormalisasikan hubungannya dengan Tel Aviv sepertimana negara-negara jirannya di Teluk Parsi.
  • Menteri Luar Oman berkata, negaranya “lebih memihak kepada inisiatif menyokong rakyat Palestin”.

Kesultanan Oman dilaporkan enggan beri kebenaran kepada pesawat Israel untuk melalui ruang udaranya, demikian lapor portal thecradle.co memetik laporan media Hebrew.

Laporan media Israel itu menjelaskan tujuan Tel Aviv yang mahu memperoleh kelulusan bagi pesawatnya melalui ruang udara negara teluk itu bagi membolehkannya menyediakan laluan lebih pantas ke negara-negara timur. 

“Kelulusan dari Oman (untuk Israel melalui wilayahnya) adalah sangat penting kerana tanpa persetujuannya, pesawat yang menggunakan ruang udara Arab Saudi tidak boleh meneruskan perjalanan ke Lautan Hindi dan seterusnya ke destinasi di timur,” kata laporan itu.

Sekiranya Oman tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Israel,  kesemua penerbangan Israel perlu melalui ruang udara Yaman untuk terbang ke timur yang mana ia berada di luar perbincangan. 

Ini kerana kelemahan hubungan diplomatik di antara Sanaa (Yaman) dan Tel Aviv (Israel) ekoran sokongan Israel kepada pakatan diketuai Arab Saudi dalam konflik perang saudara di Yaman.

“Oman ada hubungan dengan Israel tetapi masih tidak membenarkan ruang udaranya digunakan penerbangan Israel.. Isu ini akan dibincangkan secara diplomatik,” kata laporan itu.

Laporan itu hadir ketika jalinan hubungan antara Riyadh dan Tel Aviv berlaku baru-baru ini dan desakan normalisasi hubungan antara Israel dan negara-negara Teluk tajaan Amerika Syarikat (AS), yang bukannya sebahagian Perjanjian Abraham pada 2020.

Advertisement

Israel dan Oman mempunyai hubungan komunikasi terbuka, namun tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi.

Kesultanan Oman sebelum ini menyatakan dengan tegas yang ia tidak akan menyertai jirannya di Negara-negara Teluk untuk menormalisasikan hubungan dengan rejim Tel Aviv.

“Oman tidak akan menyertai negara-negara Teluk (Parsi) yang mengumumkan normalisasi hubungan dengan penjajahan Israel,” kata Menteri Luar Oman, Badr al-Busaidi pada Mei lalu yang menegaskan negaranya “lebih memihak kepada inisiatif menyokong rakyat Palestin”.

Sumber: The Cradle

 

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending