Connect with us

Terkini

Anwar tidak teruja jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sudah tidak teruja untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau berkata, akan menyerahkan mengenai perkara tersebut kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anwar tidak teruja jadi PM
Foto: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak teruja untuk menjadi Perdana Menteri.
  • “Saya sudah tidak teruja lagi (untuk jawatan Perdana Menteri). Kita serahkan kepada kebijaksanaan rakyat,” – Anwar Ibrahim.
  • “Apa yang perlu difikirkan adalah mengenai soal kemiskinan mereka seperti kemudahan asas, pendidikan dan soal alam sekitar,”
  • Beliau turut menyentuh soal rasuah di negara ini yang perlu ditangani segera untuk memastikan negara boleh terus bergerak ke hadapan.

SUBANG JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sudah tidak teruja untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, akan menyerahkan mengenai perkara tersebut kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya sudah tidak teruja lagi (untuk jawatan Perdana Menteri). Kita serahkan kepada kebijaksanaan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam seminar ekonomi bertajuk Pathway To a Better Future For Malaysia di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai seminar tersebut, Anwar menjelaskan ia bertujuan membentangkan kerangka besar tentang masa depan Malaysia.

“Kita tumpukan kepada mengapa kita ingin perubahan dan sistem di negara ini perlu terus bergerak untuk memastikan keselesaan hidup kepada rakyat.

“Terutamanya tata kelola yang baik dan ada beberapa isu yang perlu diberikan perhatian, tidak hanya sebagai kenyataan kerajaan tetapi juga perlu difahami tentang kesengsaraan rakyat.

“Apa yang perlu difikirkan adalah mengenai soal kemiskinan mereka seperti kemudahan asas, pendidikan dan soal alam sekitar,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh soal rasuah di negara ini yang perlu ditangani segera untuk memastikan negara boleh terus bergerak ke hadapan.

“Walaupun sudah ada kes berprofil tinggi yang didakwa, tetapi rasuah ini tetap berleluasa.

“Ia memerlukan perhatian segera dengan rasuah ini tetap berlaku dalam kerajaan sekarang,” katanya.

Terdahulu, Anwar pernah mempersoalkan keabsahan (legitimacy) dalam tampuk pemerintahan kerajaan susulan kemuka usul undi hilang percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Usul tersebut dikemukakan menerusi surat dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun. 

Ia susulan pendedahan Istana Negara berhubung keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan Ordinan Darurat yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelum ini, Anwar dikatakan antara pilihan utama sebagai calon Perdana Menteri kesembilan namun tumpas ketika gerakan ‘Langkah Sheraton’ pada 2020 yang menyaksikan kejatuhan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *