Antarabangsa
150 polis Israel tahan pengantin perempuan Palestin tanpa sebab kukuh
Polis Israel bertindak menahan seorang pengantin wanita Palestin di bandar Arraba semasa majlis perkahwinannya untuk disoal siasat pada Ahad lalu, menurut seorang peguam belanya.

- Polis Israel menahan seorang pengantin wanita Palestin ketika majlis perkahwinannya untuk disoal siasat.
- Polis rejin Zionis menahan wanita itu selama beberapa jam atas alasan mengganggu siasatan sebelum dibebaskan dan kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah selama lima hari.
- “Saya tidak faham penyiasatan mana yang diganggu oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak hadir dan dia tidak ditahan, jadi apakah siasatan yang dibincangkan oleh polis?,” – Peguam bela.
ARRABA – Polis Israel bertindak menahan seorang pengantin wanita Palestin di bandar Arraba semasa majlis perkahwinannya untuk disoal siasat pada Ahad lalu, menurut seorang peguam belanya.
Peguam belanya, Shadi Thabbah yang bercakap kepada media Palestin, Shadi Thabbah berkata, anak guamnya yang namanya tidak didedahkan itu dibawa oleh polis rejim Zionis ketika dia masih memakai pakaian pengantin berwarna putih.
Serbuan itu dibuat di majlis perkahwinannya di Arraba, utara Israel yang mempunyai ramai penduduk Palestin.
Satu rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan pengantin perempuan itu diiringi oleh anggota-anggota pihak berkuasa negara haram Israel ke dalam kenderaan polis.
Thabbah menyatakan bahawa polis rejim Zionis menahan anak guamnya selama beberapa jam atas alasan mengganggu siasatan sebelum dibebaskan dan kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah selama lima hari.
“Saya tidak faham penyiasatan mana yang diganggu oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak hadir dan dia tidak ditahan, jadi apakah siasatan yang dibincangkan oleh polis?” kata Thabbah kepada laman berita Al-Jarmaq News.
Menurut laman berita Arab48, polis memberitahu bahawa pengantin lelaki telah ditangkap pada minggu lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret Acre dengan syarat dia tidak memasuki Arraba.
Polis rejim Zionis kemudian berkata bahawa pengantin perempuan dibawa untuk disoal siasat tanpa niat untuk menangkapnya.
Susulan penahanan itu, pasukan polis menggunakan bom yang kurang membawa maut dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang membantah tindakan itu.
Menurut Thabbah, kira-kira 150 anggota polis Israel mengambil bahagian dalam serbuan itu menyebabkan suasana panik berlaku dalam kalangan tetamu perkahwinan.
Peguam itu turut mengkritik polis kerana melakukan penahanan secara sewenang-wenangnya dengan menyatakan ia dilakukan untuk menutup penilaian salah oleh pihak polis bahawa pengantin lelaki berada di sana.
Thabbah berkata, satu aduan mengenai salah laku polis Israel akan difailkan kerana menggunakan kekerasan berlebihan tanpa alasan yang munasabah ke atas anak guamnya itu. – Agensi
Sumber: Sinar Harian & @royanewsenglish
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah