Connect with us

Terkini

“Saya setuju 100% pinda perlembagaan” – Ahli Parlimen Pengerang

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bersetuju dengan cadangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang agar perlembagaan dipinda bagi membolehkan Peguam Negara dipertanggungjawabkan atas segala keputusan yang dibuat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

parlimen pengerang
Foto: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman bersetuju dengan cadangan Lim Kit Siang untuk pinda perlembagaan.
  • Beliau berpendapat pindaan tersebut perlu dibuat secepat mungkin.
  • Selain perlembagaan, Perintah Tetap Dewan Rakyat juga perlu dipinda untuk mempertanggungjawabkan peguam negara atas setiap keputusannya.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bersetuju dengan cadangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang agar perlembagaan dipinda bagi membolehkan Peguam Negara dipertanggungjawabkan atas segala keputusan yang dibuat.

“Saya bersetuju dengan YB Uncle Lim 100 peratus. Perlembagaan Persekutuan mesti dipinda secepat mungkin,” katanya melalui ciapan di Twitter pada Isnin.

Terdahulu, Kit Siang telah mencadangkan meminda perlembagaan bagi membolehkan Peguam Negara dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat, jika satu perempat daripada ahli Parlimen membuat usul untuk mendesak agar keputusannya disemak di Parlimen.

Menurut Kit Siang lagi, Perlembagaan Persekutuan dan Perintah Tetap Dewan Rakyat perlu dipinda untuk memastikan ia dapat direalisasikan.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyaman Kit Siang pada 5 Julai 2019 kerana mendakwa beliau memfitnahnya di dalam sebuah artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam pernyataan tuntutannya, Apandi mendakwa pada 6 Mei 2019, Kiat Siang menulis dan menerbitkan sebuah artikel berbaur fitnah dalam sebuah portal tempatan.

Beliau mendakwa, perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terbabit dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *