Connect with us

Terkini

“Sabah bukan lagi kepunyaan Sultan Sulu sejak 22 Januari 1878,” – Tommy Thomas, bekas Peguam Negara

Tuntutan selepas 130 tahun di mahkamah timbang tara langsung tidak berasas dari segi fakta mahupun undang-undang, demikian kenyataan dikeluarkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas susulan isu tuntutan waris kesultanan Sulu yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

tommy thomas
Foto: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
  • Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas menyifatkan prosiding timbang tara berkenaan tuntutan waris Sulu tidak berasas dan final award yang diberikan tidak boleh diguna pakai.
  • Siasatan perlu dijalankan terhadap pembiaya prosiding dan peguam bertindak bagi pihak waris Sulu.
  • Jumlah tuntutan dianggap berlebihan daripada bayaran yang sepatutnya dibayar.
  • Aset Petronas tidak wajar dirampas kerana ia tidak terikat dengan perjanjian pada 1878.

KUALA LUMPUR – Tuntutan selepas 130 tahun di mahkamah timbang tara langsung tidak berasas dari segi fakta mahupun undang-undang, demikian kenyataan dikeluarkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas susulan isu tuntutan waris kesultanan Sulu yang menggemparkan negara baru-baru ini.

“Setahu saya, pembayaran wang serahan dihentikan semasa pemerintahan Najib Razak dan tiada siapa pun baik Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri atau Peguam Negara pada waktu itu memberi penjelasan rasmi untuk menerangkan sebab keputusan sebegitu diambil.

“Apa yang diberitahu, secara tidak rasmi, adalah Malaysia telah menghentikan bayaran disebabkan serangan Lahad Datu di Sabah pada 2013”, katanya.

Namun, beliau memberitahu tiada bukti mengaitkan isu bayaran waris Sulu dengan kes serangan di Lahad Datu.

Tommy mengatakan jika kerajaan Malaysia mempunyai bukti, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap waris Sulu di Mahkamah Tinggi Sabah untuk menghentikan bayaran tersebut. 

Jika terbukti waris Sulu terlibat dalam serangan Lahad Datu, hal ini akan menggugurkan hak mereka untuk dibayar dan perjanjian dalam Geran 1878 tidak lagi boleh diikuti.

“Malangnya, tindakan ini tidak diambil oleh mereka yang berkuasa pada 2013”, kesalnya.

Advertisement

Beliau turut menjelaskan bahawa waris kesultanan Sulu tidak berhak membuat tuntutan selain di Mahkamah Sabah kerana satu-satunya forum yang tinggal bagi menyelesaikan apa-apa pertikaian berkenan tuntutan ini ialah mahkamah di Sabah. 

Perjanjian tersebut juga tidak memperuntukkan mekanisma timbang tara sebagai salah satu cara menyelesaikan pertikaian. Oleh itu, apa-apa keputusan yang bukan dibuat oleh Mahkamah Sabah dikira sebagai tidak sah. 

Tommy turut menyifatkan tindakan Dr. Stampa (hakim timbang tara) membenarkan tuntutan waris Sulu sebagai sesuatu yang bertentangan dengan prinsip asas timbang tara.

Sekiranya pihak-pihak dalam perjanjian mahu menjadikan Mahkamah Timbang Tara sebagai forum penyelesaian sekiranya wujud pertikaian, perkara ini mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Seandainya satu pihak tidak bersetuju, maka mahkamah timbang tara tidak boleh dijadikan forum penyelesaian dan apa-apa keputusan yang dibuat dalam situasi ini tidak boleh dipakai.

Tambahnya lagi, “Mahkamah Agung Sepanyol telah menolak semua keputusan yang berpihak kepada waris Sulu, tetapi Stampa dan Paul Cohen (peguam bagi pihak waris Sulu) telah memindahkan kes ini ke Mahkamah Paris, Perancis.

Advertisement

“Mahkamah Rayuan Paris memutuskan bahawa ia tidak memiliki kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini, namun Stampa masih berdegil mahu meneruskan kes tersebut sehingga Final Award daripadanya dikeluarkan pada 28 Februari,” terangnya lanjut. 

Berkenaan dengan jumlah bayaran tuntutan, Tommy berpendapat yang Malaysia hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM50,000 kepada waris Sulu. Perjanjian 1878 tidak memberi hak kepada waris Sulu untuk membuat tuntutan ‘berlebihan’ sekiranya Malaysia ada melanggar mana-mana syarat dalam perjanjian.

“Faktor ‘nilai sebenar tanah yang mengandungi bahan sumber asli seperti hidrokarbon, tanaman dan lain-lain’ tidak boleh dan tidak akan pernah menjadi salah satu asas tuntutan waris kesultanan Sulu.

“Sepertimana yang saya terangkan sebelum ini, hak milik tanah telah diserahkan berdasarkan perjanjian tersebut, jadi Sabah bukan lagi kepunyaan Sultan Sulu sejak 22 Januari 1878,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa aset Petronas di Luxemborg tidak boleh dirampas oleh waris Sulu kerana Petronas adalah entiti yang berasingan daripada Malaysia. 

Final award yang dikeluarkan tidak boleh diguna pakai ke atas aset Petronas, maka aset Petronas tidak boleh dirampas,” tegasnya.

Tommy turut menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat tentang syarikat Therium yang sanggup membelanjakan sehingga USD10 juta untuk membiayai segala kos perbelanjaan prosiding yang diramal tidak ada harapan untuk menang yang mana dalam kos tersebut, sejumlah US$2.79 juta diberi kepada Cohen dan US$2.33 juta lagi kepada Stampa. 

Advertisement

Beliau meluahkan rasa gembira kerana Malaysia telah memulakan prosiding jenayah terhadap Stampa dan menggesa supaya kerajaan turut mengambil tindakan terhadap Cohen dan Therium.

Sumber: Theedgemarkets

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending