Ekonomi
Kaut laba berganda, minyak masak subsidi masuk Thailand secara haram
Bekalan minyak masak bersubsidi Malaysia di Golok, pekan terkenal di selatan Thailand, dikatakan tidak pernah terputus, selain senang diperoleh terutama di pasar negara berkenaan.

- Bekalan minyak masak bersubsidi Malaysia tidak pernah putus di pekan Golok, Thailand.
- Minyak paket subsidi berharga RM2.50 1 kilogram (kg) di Malaysia, dijual dengan lebih mahal di Golok.
- Permintaan tinggi dan perbezaan harga ketara di Thailand menyebabkan ketirisan minyak masak subsidi Malaysia.
- KPDNHEP menyifatkan tindakan menyeleweng minyak masak ke negara lain sebagai suatu yang tidak adil.
- Pihak terlibat ketirisan minyak masak bersubsidi berhadapan risiko lesen dan kuota digantung selain disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001.
BACHOK: Bekalan minyak masak bersubsidi Malaysia di Golok, pekan terkenal di selatan Thailand, dikatakan tidak pernah terputus, selain senang diperoleh terutama di pasar negara berkenaan.
Media baru-baru ini melaporkan, harga barang keperluan asas yang menerima suntikan subsidi oleh Kerajaan Malaysia dan dijual di negara kita pada harga RM2.50 bagi paket 1 kilogram (kg), dijual RM6.80 hingga RM7 sepaket di Golok, sedikit mahal berbanding RM5.80 hingga RM6 sebelumnya.

Foto: Sumber Berita Harian
Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di pekan Golok mempunyai bekalan minyak bersubsidi Malaysia memandangkan harganya jauh lebih murah berbanding minyak masak negara itu.
Perkara itu diakui Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, hari ini.
Katanya, permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara antara penyumbang utama ketirisan minyak masak subsidi Malaysia ke Thailand.
Beliau berkata, pihak terbabit mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan dengan menyeludup barang keperluan asas itu ke negara jiran.
Sehubungan itu, katanya, satu perbincangan khusus dengan semua agensi penguatkuasaan sudah diadakan kelmarin bagi membincangkan masalah ketirisan minyak masak dan menyelaras tindakan untuk mengurangkan kegiatan penyeludupan dengan setiap agensi akan memainkan peranan masing-masing.
“Adalah tidak adil apabila subsidi yang dikeluarkan Malaysia diseleweng dan dinikmati rakyat negara lain,” katanya pada sidang media selepas melawat kilang pembungkusan minyak di Beris Kubor Besar, di sini.
Pada masa sama, Azman berkata, pihaknya mengenal pasti peringkat mana yang menyumbang kepada ketirisan.
“Untuk minyak subsidi, kita ada 22 pengilang, 305 pembungkus berlesen, 4,151 syarikat pemborong dan lebih 30,000 peruncit. Jadi, setiap peringkat ini ada mempunyai peluang yang mendorong kepada ketirisan dan sebab itu, kita akan buat pemeriksaan di semua peringkat bagi mengesan perbuatan itu.
“Selain kawalan sempadan, kita turut beri tumpuan supaya minyak subsidi tidak diberi kepada pihak tidak sepatutnya seperti industri besar,” katanya menegaskan pihak terbabit ketirisan minyak masak bersubsidi akan digantung lesen dan kuota selain disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001.
Sumber : Berita Harian
Ekonomi
TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

- Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
- Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
- “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
- “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.
“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.
Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.
Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.
“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.
“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.
Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.
Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.
“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel