Terkini
Isu dera kanak-kanak perempuan: 11 individu diambil keterangan
Seorang wanita warga tempatan dan suaminya yang merupakan warga Singapura berumur 28 dan 30-an telah ditahan pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes terbabit.

- Polis dapatkan keterangan dari 11 individu bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan yang viral baru-baru ini.
- Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
- Selain dipukul dengan penyapu dan penyangkut baju, mangsa dikatakan turut dicucuh pemetik api.
- Mangsa tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri, dipercayai anak warga Indonesia.
KUALA LUMPUR – Bagi membantu siasatan kes dera yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tular baru-baru ini, pihak polis telah mendapatkan keterangan dari 11 individu, menurut Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu, katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Seorang wanita warga tempatan dan suaminya yang merupakan warga Singapura berumur 28 dan 30-an telah ditahan pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes terbabit.
Kanak-kanak perempuan yang didera itu, diselamatkan oleh pihak polis pada jam 2.30 pagi Jumaat lalu.
Selain dipukul dengan batang penyapu dan penyangkut baju, anak tersebut turut dicucuh dengan pemetik api.
Kanak-kanak yang didapati mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri memandangkan dia merupakan anak kepada warga Indonesia yang tidak mampu menjaganya sebelum dia kemudian diserahkan di bawah jagaan pasangan itu sejak bulan April lalu.
Pasangan tersebut kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian
