Antarabangsa
Atlet transgender tersingkir dari pencalonan Wanita Tahunan Terbaik NCAA 2022
Atlet transgender, Lia Thomas yang sebelum ini dicalonkan Universiti Pennsylvania bagi anugerah Wanita Terbaik Tahunan NCAA 2022 tersingkir dari mara ke pusingan seterusnya bagi anugerah terbabit.

- Liga Ivy memilih Sylvie Binder dan bukan Lia Thomas (atlet transgender) untuk mara ke pusingan akhir Wanita Terbaik NCAA 2022.
- Pihak Universiti Pennsylvania dikritik teruk selepas mencalonkan Thomas untuk Wanita Terbaik Tahunan NCAA awal bulan ini.
- Thomas sebelum ini menyertai pasukan renang lelaki selama tiga tahun sebelum bertukar kepada kategori wanita.
Atlet transgender, Lia Thomas yang sebelum ini dicalonkan Universiti Pennsylvania bagi anugerah Wanita Terbaik Tahunan NCAA 2022 tersingkir dari mara ke pusingan seterusnya bagi anugerah terbabit.
Sebaliknya, pihak Liga Ivy pada Isnin lalu menamakan Sylvie Binder dari Universiti Columbia sebagai calonnya bagi anugerah wanita terbaik tahunan itu, sekaligus mengenepikan Lia Thomas mara ke pusingan seterusnya, demikian laporan The Washington Times.
Awal bulan ini, University Pennsylvania dikecam hebat ekoran tindakannya mencalonkan Thomas bagi anugerah wanita terbaik tahunan NCAA, menyemarakkan lagi kemarahan umum mengenai penyertaan atlet yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi bertanding dalam sukan wanita.
Thomas menjadi atlet dilahirkan sebagai lelaki pertama memenangi acara renang gaya bebas 500 ela kategori wanita divisyen 1 dalam Kejohanan Renang NCAA pada Mac lalu.
Sebelum menyertai pasukan wanita bagi musim 2021-2022, Thomas sebelum ini menyertai pasukan renang lelaki selama tiga tahun sebelum bertukar kepada kategori wanita.
Perenang transgender itu melalui prosedur “testosterone suppression” untuk tempoh sekurang-kurangnya selama setahun sepertimana ditetapkan oleh peraturan NCAA.
Sumber: Washington Times
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel