Connect with us

Terkini

“Anak Cina kita yang suka bekerja swasta bukan kerajaan,” – bidas peguam Cina kepada Teresa Kok

Susulan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan isu ketidakseimbangan kaum dalam komposisi perjawatan awam, seorang peguam berbangsa Cina, Chan Quin Er menyelar kenyataan tersebut dan menyifatkan politik perkauman sebagai perkara yang sudah jemu dimainkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

peguam berbangsa cina Chan Quin Er
Foto: Chan Quin Er.
  • Peguam berbangsa Cina, Chan Quin Er menyifatkan politik perkauman sebagai perkara yang sudah jemu dimainkan.
  • Kenyataan ini dikeluarkan susulan tuduhan Teresa Kok berkenaan komposisi perjawatan awam yang berat sebelah terhadap kaum Melayu.
  • Kaum cina tidak berminat untuk bekerja di sektor awam disebabkan beberapa faktor.
  • Beliau mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang membangkitkan isu ketidakadilan dari segi kaum di dalam sistem pengambilan penjawat awam.

KUALA LUMPUR – Susulan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan isu ketidakseimbangan kaum dalam komposisi perjawatan awam, seorang peguam berbangsa Cina, Chan Quin Er menyelar kenyataan tersebut dan menyifatkan politik perkauman sebagai perkara yang sudah jemu dimainkan.

Berdasarkan data yang direkodkan, Quin Er memberitahu bahawa jumlah pemohon jawatan di perkhidmatan awam dalam kalangan bangsa Cina (19,216) sehingga Jun tahun 2010 jauh lebih rendah daripada pemohon Melayu (754,106).

Berdasarkan statistik dalam tempoh ini, jelas sekali pemohon daripada kaum Bumiputera Melayu dan lain-lain mempunyai bilangan yang lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain.

Namun kebarangkalian untuk diterima bekerja dalam sektor kerajaan dipelopori oleh kaum Cina (4.72%) dan India (9.49%) mencatatkan peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding orang Melayu (1.91%).

Maka jelaslah tuduhan bahawa kerajaan bersikap ‘memilih kaum’ dalam urusan pengambilan penjawat awam adalah tidak benar.

Quin Er turut merujuk kepada statistik yang dikongsi oleh Teresa di Facebook beliau berkenaan peratusan turus dan jusa iaitu pegawai awam pangkat tertinggi.

“Biarpun bilangan orang Cina dan India dalam sektor awam rendah berbanding orang Melayu, tetapi peratusan turus dan jusa dalam kalangan mereka adalah amat menggalakkan,” tambahnya lagi.

Ujarnya, beliau sendiri sebagai orang Cina memulakan kerjaya sebagai penjawat awam di Jabatan Peguam Negara.

“Anak Cina kita yang lebih suka masuk swasta, bekerja sendiri, tak minat masuk kerajaan, ada persepsi yang gaji tak tinggi, naik pangkat susah, ada kuota,” hurainya lanjut.

Justeru beliau mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang membangkitkan isu ketidakadilan dari segi kaum di dalam sistem pengambilan penjawat awam.

“Daripada membuat macam-macam tuduhan, lebih baik kita tumpukan perhatian kepada masalah kekurangan Orang Asli, bumiputera Sabah-Sarawak dalam posisi tinggi, dan fikirkan cara untuk menarik kaum-kaum lain join sektor awam,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya ahli politik menjadi lebih sophisticated dan berhenti mempolitikkan isu kaum kerana orang sudah muak dengannya sebelum mengakhiri kenyataannya itu.. 

Sumber: Facebook Chan Quin Er

Author