Connect with us

Terkini

Lagi kes penderaan? Kanak-kanak dipukul dengan batang penyapu dan penyangkut baju sehingga cedera seluruh badan

The Merdeka Times menerima beberapa rakaman video seorang kanak-kanak berusia antara 3-4 tahun dipukul dengan batang penyapu serta penyangkut baju oleh seorang wanita.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penderaan Alia
Foto: Tangkapan skrin dari video tular tersebut.
  • Beberapa video rakaman menunjukkan kanak-kanak tersebut dipukul dengan penyangkut baju dan batang penyapu ketika dimarahi.
  • Kesan lebam di kaki, tangan, badan serta muka kanak-kanak tersebut dapat dilihat dalam rakaman.

KUALA LUMPUR – The Merdeka Times menerima beberapa rakaman video seorang kanak-kanak berusia antara 3-4 tahun dipukul dengan batang penyapu serta penyangkut baju oleh seorang wanita.

penderaan alia 1

Dalam video yang pertama, seorang wanita dewasa dilihat memukul muka dan badan kanak-kanak tersebut menggunakan penyangkut baju. Situasi melihatkan kanak-kanak tersebut dipukul berkemungkinan kerana tidak mahu menelan makanannya.

Kanak-kanak tersebut diarah untuk berhenti menangis dan menghabiskan makanannya jika  tidak mahu dipukul lagi.

 

Penderaan Alia 2

Manakala dalam video yang kedua, kelihatan seorang lelaki dewasa turut menggunakan penyangkut baju disyaki sedang memarahi kanak-kanak tersebut. 

kes penderaan

Video ketiga pula menunjukkan kanak-kanak tersebut dirotan oleh seorang wanita dewasa yang sama di dalam video pertama menggunakan batang penyapu.

Penderaan Alia 4

Dan video keempat menunjukkan kesan luka dan lebam di kaki, tangan, badan serta di muka kanak-kanak tersebut.

Masih tidak dapat dipastikan apakah hubungan wanita dan lelaki dengan kanak-kanak perempuan yang dipukul itu. Lokasi kejadian belum dapat dikenal pasti.

Anda mempunyai maklumat lanjut? Sila hubungi kami di [email protected] 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *