Terkini
Jenayah kebencian: Muslim masih kumpulan paling disasarkan di England dan Wales
Muslim terus menjadi kumpulan paling disasarkan dalam jenayah kebencian di England dan Wales, menurut data terbaru diterbitkan Jabatan Dalam Negeri United Kingdom (UK).
- Muslim terus menjadi kumpulan paling disasarkan dalam jenayah kebencian di England dan Wales, menurut data terbaru diterbitkan Jabatan Dalam Negeri United Kingdom (UK).
- Data yang mencatatkan jenayah kebencian dari Mac 2023-2024 menunjukkan adanya peningkatan jenayah kebencian berunsur agama yang menyasarkan orang Islam dengan catatan 3,866 kes, meningkat 13 peratus berbanding 3,432 kes direkodkan tahun sebelumnya, lapor 5Pillars UK pada Sabtu.
- Hampir dua daripada lima (38 peratus) jenayah kebencian berunsur agama menyasarkan Muslim walaupun angka itu tidak termasuk rusuhan anti-Muslim pada musim panas.
- Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan 25 peratus dalam jenayah kebencian berunsur agama direkodkan polis sepanjang tahun ini, meningkat dari 8,370 kepada 10,484 kes.
- Ini adalah jumlah tahunan tertinggi sejak pengumpulan data jenayah kebencian bermula tahun berakhir Mac 2012.
Muslim terus menjadi kumpulan paling disasarkan dalam jenayah kebencian di England dan Wales, menurut data terbaru diterbitkan Jabatan Dalam Negeri United Kingdom (UK).
Data yang mencatatkan jenayah kebencian dari Mac 2023-2024 menunjukkan adanya peningkatan jenayah kebencian berunsur agama yang menyasarkan orang Islam dengan catatan 3,866 kes, meningkat 13 peratus berbanding 3,432 kes direkodkan tahun sebelumnya, lapor 5Pillars UK pada Sabtu.
Hampir dua daripada lima (38 peratus) jenayah kebencian berunsur agama menyasarkan Muslim walaupun angka itu tidak termasuk rusuhan anti-Muslim pada musim panas.
Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan 25 peratus dalam jenayah kebencian berunsur agama direkodkan polis sepanjang tahun ini, meningkat dari 8,370 kepada 10,484 kes.
Ini adalah jumlah tahunan tertinggi sejak pengumpulan data jenayah kebencian bermula tahun berakhir Mac 2012.
Peningkatan kes itu didorong peningkatan mendadak jenayah kebencian berunsur agama yang menyasarkan masyarakat Yahudi sejak bermulanya pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin.
Secara tahunan, terdapat 3,282 jenayah kebencian berunsur agama menyasarkan masyarakat Yahudi pada tahun berakhir Mac 2024, lebih dua kali ganda jumlah yang direkodkan tahun sebelumnya (1,543 kes).
Kes-kes ini merangkumi satu pertiga (33 peratus) daripada semua jenayah kebencian berunsur agama pada tahun lalu. Sebagai perbandingan, nisbahnya pada tahun sebelumnya adalah 20 peratus. — The Merdeka Times