Terkini
RUU Mufti, kenyataan media Menteri Agama bersifat separuh masak, tidak menyeluruh – Peguam
Sebarang cubaan menjadikan cara fikir, kefahaman, keyakinan tertentu sebagai suatu undang-undang adalah secara sendirinya bercanggah dengan semangat Perlembagaan negara ini.
- RUU Wilayah akan secara zahirnya menolak aliran-aliran lain yang wujud atau di dalam bahasa mudah, tidak diiktiraf di bawah undang-undang bertulis dalam 3 wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia.
- “Sekiranya itu terjadi sudah tentu akan menimbulkan, menggugat hak kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia. Dalam konteks Perkara 3(5) ini, saya kira YB Menteri Agama gagal mengambil kira pendirian Tuanku Raja Perlis yang secara jelas menzahirkan kegusaran tuanku berhubung isu RUU Wilayah ini.
- Dalam keadaan ini, saya kira Kenyataan Media YB Menteri Agama bersifat separuh masak dan tidak menyeluruh. Namun sekiranya YB Menteri sudah merujuk dan/atau mendapatkan kata putus Majlis Raja-Raja, maka adalah menjadi kewajipan untuk YB Menteri mendedahkan hal sedemikian kepada rakyat,” tegas Faizal.
- Faizal turut menggesa agar RUU Wilayah ini tidak dijadikan sebagai langkah pertama untuk menangkap, menyiasat dan menghukum mana-mana individu islam di Wilayah Persekutuan yang memilih untuk berbeza aliran dengan aliran mufti.
Sebarang cubaan menjadikan cara fikir, kefahaman, keyakinan tertentu sebagai suatu undang-undang adalah secara sendirinya bercanggah dengan semangat Perlembagaan negara ini.
Berikut antara penegasan yang ditulis seorang peguam, Faizal Rahman dalam hantaran Facebook-nya yang memberi reaksi terhadap kenyataan media yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan kekeliruan dan salah faham terhadap RUU Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan 2024).
Dalam kenyataan media tersebut, Menteri Agama menyangkal dakwaan penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara sebagai tidak benar. Menurut beliau, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5).
Peguam, Faizal Rahman bagaimanapun menyentuh soal seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk berfikir, berfahaman atau berpegang dengan cara faham suatu kelompok semata-mata.
Lebih-lebih lagi, secara jelas di dalam Tamadun Islam perbahasan berkenaan aliran-aliran akidah di dalam islam ini sudah berjalan sejak dari dahulu lagi.
“Biarlah ia kekal di dalam medan perbahasan ilmiah dan tidak dijadikan suatu undang-undang yang akan membuka pintu kepada implikasi perundangan seperti menyesatkan dan menghukum pihak lain,” tegas beliau.
Jelas Faizal, apa yang cuba dilaksanakan melalui RUU Wilayah seolah-olah menjadikan hanya 2 kelompok aliran sahaja yang di terima di sisi Islam.
Secara tidak langsung RUU Wilayah itu kelak menurut Faizal, akan secara zahirnya menolak aliran-aliran lain yang wujud atau di dalam bahasa mudah, tidak diiktiraf di bawah undang-undang bertulis dalam 3 wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia.
“Sekiranya itu terjadi sudah tentu akan menimbulkan, menggugat hak kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia.
Dalam konteks Perkara 3(5) ini, saya kira YB Menteri Agama gagal mengambil kira pendirian Tuanku Raja Perlis yang secara jelas menzahirkan kegusaran tuanku berhubung isu RUU Wilayah ini.
Dalam keadaan ini, saya kira Kenyataan Media YB Menteri Agama bersifat separuh masak dan tidak menyeluruh. Namun sekiranya YB Menteri sudah merujuk dan/atau mendapatkan kata putus Majlis Raja-Raja, maka adalah menjadi kewajipan untuk YB Menteri mendedahkan hal sedemikian kepada rakyat,” tegas Faizal.
Faizal turut menggesa agar RUU Wilayah ini tidak dijadikan sebagai langkah pertama untuk menangkap, menyiasat dan menghukum mana-mana individu islam di Wilayah Persekutuan yang memilih untuk berbeza aliran dengan aliran mufti.
Jelasnya, perlu dibezakan hukum zahiriyah dan aliran pemikiran atau kefahaman.
“Meskipun secara teori YB Menteri menyebut “hanya untuk umat islam di wilayah-wilayah tersebut” sahaja. Tetapi realitinya YB Menteri sedar ia lebih jauh daripada itu. Jika tidak, mana mungkin mufti-mufti negeri lain turut menempelkan muka dan negeri masing-masing di dalam usaha melobi pihak kerajaan? YB Menteri perlu akui RUU Wilayah itu hendak dijadikan langkah pertama pembuka tirai sebelum hal yang sama di bawa pula ke negeri-negeri yang lain,” tambah Faizal.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamallullail sebelum ini bertitah bahawa tidak wajar berlakunya tindakan menyempitkan takrif ASWJ di negara ini.
Baginda bertitah, tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula hari ini.- The Merdeka Times