Connect with us

Antarabangsa

Georgia bakal perkenal RUU ‘propaganda LGBT’

Rang Undang-Undang (RUU) ‘propaganda LGBT’ akan diperkenalkan secara rasmi minggu ini, kata Ketua parti Georgian Dream, Mamuka Mdinaradze dipetik RT semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Georgian Dream, Irakli Garibashvili.
  • Rang Undang-Undang (RUU) ‘propaganda LGBT’ akan diperkenalkan secara rasmi minggu ini, kata Ketua parti Georgian Dream, Mamuka Mdinaradze dipetik RT semalam.
  • Beliau berkata kumpulan advokasi LGBTQ, Tbilisi Pride dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bekerja di belakang tabir untuk menyebarkan “propaganda” di negara itu.
  • Mdinaradze menggesa PBB dan “penaja lain” supaya tidak “mengelirukan hak-hak golongan minoriti dengan akibat-akibat berbahaya propaganda LGBT”.
  • Ahli politik parti pemerintah mendakwa cadangan larangan itu akan mendapat sokongan besar rakyat kerana ia cerminan sentimen majoriti populasi penduduk Georgia.
  • Pada 2018, Georgia meminda perlembagaannya untuk menakrifkan dengan jelas perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita. 
  • Acara bertemakan LGBTQ kerap disambut di negara itu dengan ancaman dan protes balas. 

Rang Undang-Undang (RUU) ‘propaganda LGBT’ akan diperkenalkan secara rasmi minggu ini, kata Ketua parti Georgian Dream, Mamuka Mdinaradze dipetik RT semalam.

Beliau berkata kumpulan advokasi LGBTQ, Tbilisi Pride dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bekerja di belakang tabir untuk menyebarkan “propaganda” di negara itu.

“Pride menganjurkan latihan itu dan pembiayaannya daripada Dana Pembangunan PBB (UNDP). 

“Pegawai dari Pride mendakwa bahawa ia adalah bengkel untuk menentang maklumat salah (dari) Russia, manakala UNDP berkata bahawa ia membiayai bengkel mengenai hak minoriti,” kata Mdinaradze menegaskan ia adalah mengenai mempertahankan propaganda pseudo-liberal.

Mdinaradze menggesa PBB dan “penaja lain” supaya tidak “mengelirukan hak-hak golongan minoriti dengan akibat-akibat berbahaya propaganda LGBT”.

Ahli politik parti pemerintah mendakwa cadangan larangan itu akan mendapat sokongan besar rakyat kerana ia cerminan sentimen majoriti populasi penduduk Georgia.

“Kami adalah masyarakat konservatif dengan budaya dan nilai yang berabad-abad lamanya,” kata Ketua Georgian Dream, Irakli Garibashvili sambil menambah kanak-kanak dan cara hidup tradisional mesti dilindungi daripada “propaganda biadab”.

Pada 2018, Georgia meminda perlembagaannya untuk menakrifkan dengan jelas perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita. 

Acara bertemakan LGBTQ kerap disambut di negara itu dengan ancaman dan protes balas. 

Tahun lalu, penganjur membatalkan festival tahunan gay pride di Tbilisi atas alasan kebimbangan keselamatan. –  The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *