Connect with us

Terkini

SKMM tidak nyatakan ‘kesalahan’, TV Pertiwi enggan turunkan enam kandungannya

TV Pertiwi tidak akan menurunkan enam kandungan portal berita itu yang diminta berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

TV Pertiwi tidak akan menurunkan enam kandungan portal berita itu yang diminta berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Foto: Kenyataan Tv Pertiwi berkenaan enam kandungan portal berita tersebut.
  • TV Pertiwi tidak akan menurunkan enam kandungan portal berita itu yang diminta berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata pihaknya berpendirian sedemikian kerana SKMM tidak menyatakan apakah kesalahan dan pelanggaran undang-undang yang terkandung dalam kandungan tersebut.
  • Enam kandungan terbabit adalah laporan bertajuk DAP Sambung Usaha Hapus Ketuanan Melayu; Kit Siang Dapat Anugerah Tanpa Jasa, Pancing Undi Melayu; DAP Mahu Sebar Agenda Liberal Dan Kristianisasi; Kerajaan Dan Penyokong Anwar Takut Melayu Bangkit?; ‘Jom Ziarah Gereja’: Anjuran NGO Di Bawah KBS, Sasar Belia Muslim; serta Perkahwinan Antara Orang Islam Dan Bukan Islam Tidak Dibenarkan.
  • “TV Pertiwi akan mempertahankan haknya sebagai sebuah portal berita dan maklumat yang bebas, objektif dan berwibawa serta bersedia menghadapi apa-apa tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR — TV Pertiwi tidak akan menurunkan enam kandungan portal berita itu yang diminta berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata pihaknya berpendirian sedemikian kerana SKMM tidak menyatakan apakah kesalahan dan pelanggaran undang-undang dibuat dalam kandungan tersebut.

Katanya, enam kandungan terbabit adalah laporan bertajuk DAP Sambung Usaha Hapus Ketuanan Melayu; Kit Siang Dapat Anugerah Tanpa Jasa, Pancing Undi Melayu; DAP Mahu Sebar Agenda Liberal Dan Kristianisasi; Kerajaan Dan Penyokong Anwar Takut Melayu Bangkit?; ‘Jom Ziarah Gereja’: Anjuran NGO Di Bawah KBS, Sasar Belia Muslim; serta Perkahwinan Antara Orang Islam Dan Bukan Islam Tidak Dibenarkan.

“TV Pertiwi dengan tegas berpendirian bahawa tidak akan menurunkan enam kandungan tersebut kerana kami tidak dinyatakan apakah kesalahan dan pelanggaran undang-undang yang terkandung dalam kandungan tersebut.

“Sehubungan itu, TV Pertiwi meletakkan beban pembuktian yang kukuh ke atas pihak SKMM.

“TV Pertiwi akan mempertahankan haknya sebagai sebuah portal berita dan maklumat yang bebas, objektif dan berwibawa serta bersedia menghadapi apa-apa tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Mohd Firdaus berkata demikian susulan pertemuan antara TV Pertiwi dan SKMM pada Selasa lalu (22 Ogos 2023) di MRCB Sales Gallery, Kuala Lumpur. 

Katanya, TV Pertiwi memberi ruang kepada pihak SKMM untuk memberi penjelasan di atas tindakan suruhanjaya itu menyekat laman web tvpertiwi.com.my, bagaimanapun agensi terbabit tidak memberikan jawapan terperinci apakah kesalahan dilakukan portal berita terbabit.

“SKMM hanya memberi alasan bahawa terdapat aduan ke atas kandungan yang disiarkan dan pihak SKMM telah membuat penilaian ke atas kandungan tersebut, seterusnya bertindak menyekat akses ke laman web TV Pertiwi tanpa sebarang notis.

“Dalam pertemuan itu, SKMM juga meminta TV Pertiwi untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan supava sekatan itu ditarik balik. TV Pertiwi bersetuiu untuk menurunkan kandungan dengan syarat pihak SKMM menyatakan apakah kesalahan yang ada pada kandungan tersebut,” katanya.

Mohd Firdaus berkata SKMM menghantar satu surat melalui emel meminta TV Pertiwi menurunkan enam kandungan yang didakwa SKMM, bersifat jelik dan palsu pada 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan secara jelas dan terperinci pada bahagian manakah kandungan itu didapati cuba membangkitkan sentimen kebencian terhadap institusi raja, perkauman dan agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara, sekali gus boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998).

“TV Pertiwi berpandangan bahawa masyarakat berhak mendapat maklumat dan berita yang seimbang, tidak berpihak dan bersifat objektif tentang peristiwa dan kejadian yang berlaku di dalam masyarakat dan negara, tanpa terikat kepada mana-mana kecenderungan politik kepartian. 

“Di samping itu, kebebasan media dan mengeluarkan pendapat ataupun berbeza pandangan perlu diraikan sebagai satu elemen hak asasi dan juga kerancakan amalan demokrasi dalam langkah progresif menuju warganegara yang berilmu dan bermaklumat,” katanya.

Sebelum ini, pengurusan TV Pertiwi melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang didakwa menyekat akses ke laman web tvpertiwi.com.my pada 17 Ogos lalu.

Mohd Firdaus dilaporkan berkata semakan pihaknya menerusi hasil ping ke alamat tvpertiwi.com.my menunjukkan terdapat penyekatan DNS dengan data memaparkan IP Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): 175.139.142.25. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook TV Pertiwi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *