Terkini
Nikotin wajar disenarai semula dalam Akta Racun 1952 – PPPKAM
Kerajaan digesa menyenaraikan semula cecair nikotin dalam Akta Racun 1952 bagi melindungi golongan kanak-kanak serta remaja bagi mengelakkan terdedah bahaya bahan tersebut.
- Kerajaan digesa menyenaraikan semula cecair nikotin dalam Akta Racun 1952 bagi melindungi golongan kanak-kanak serta remaja bagi mengelakkan terdedah bahaya bahan tersebut.
- Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof Dr Mohamed Rusli Abdullah berkata, situasi semasa memberi petunjuk bahawa Rang Undang-Undang bagi Kawalan Produk Merokok masih lama lagi untuk dimuktamadkan.
- “PPPKAM menyokong penuh usul Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang memohon kerajaan segera menyenaraikan semula cecair itu dalam akta.
- “Ini memandangkan cecair nikotin sudah dinyah senaraikan dari Akta Racun 1952, namun ia boleh diperoleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan remaja di bawah umur,” katanya dalam kenyataan, semalam.
BANGI – Kerajaan digesa menyenaraikan semula cecair nikotin dalam Akta Racun 1952 bagi melindungi golongan kanak-kanak serta remaja bagi mengelakkan terdedah bahaya bahan tersebut.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof Dr Mohamed Rusli Abdullah berkata, situasi semasa memberi petunjuk bahawa Rang Undang-Undang bagi Kawalan Produk Merokok masih lama lagi untuk dimuktamadkan.
“PPPKAM menyokong penuh usul Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang memohon kerajaan segera menyenaraikan semula cecair itu dalam akta.
“Ini memandangkan cecair nikotin sudah dinyah senaraikan dari Akta Racun 1952, namun ia boleh diperoleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan remaja di bawah umur,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Prof Dr Mohamed yang juga pakar perunding Epidemiologi Universiti Sains Malaysia (USM), menegaskan, PPPKAM juga mahu tindakan segera dan serius dilakukan bagi melindungi kesihatan generasi hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak mahu generasi muda menjadi mangsa terhadap salah guna bahan yang sepatutnya dikawal melalui kuasa pelaksanaan undang-undang.
Rang Undang-undang Baharu bagi Kawalan Produk Merokok dilaporkan akan dirujuk ke JawatanKuasa Khas Kesihatan Parlimen.
Kementerian kesihatan (KKM) mencadangkan RUU ini dirujuk kepada JKPK Kesihatan – yang akan bertindak sebagai semak dan imbang serta mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.
Pr Dr Mohamed berkata, keputusan itu memberi petanda sama ada ianya akan diluluskan atau tidak, pastinya mengambil masa.
“Ini juga bermakna penggunaan nikotin dalam rokok elektronik dan vape kekal tanpa diregulasi di bawah mana-mana peraturan khusus berikutan penyahsenaraian oleh kerajaan beberapa bulan lalu,” katanya.
Sumber: Ismaweb