Terkini
Tidak kesal mansuh PLKN, Syed Saddiq dikecam netizen
Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.
- Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.
- “I don’t regret my time in PLKN. It made me a stronger person and learned independence. I managed through university life with maggi mee and scraping off the side of a nescafe bottle,” demikian ciapan pengguna Twitter @AmyAjak.
- Program PLKN dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Februari 2004, sehingga 2018 dan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.
Menurut pengguna Twitter @AmyAjak, dirinya langsung tidak menyesali menyertai program tersebut.
“I don’t regret my time in PLKN. It made me a stronger person and learned independence. I managed through university life with maggi mee and scraping off the side of a nescafe bottle,” demikian ciapan pengguna @AmyAjak.
Ciapan pengguna Twitter @ReefNotRef pula berpandangan program bersifat khidmat pada negara wajar diwajibkan bagi mengeratkan perpaduan kaum dan menanam semangat patriotisma.
“National service patut compulsory. Utk tanam semangat patriotik. Melayu, cina, india. Another method to encourage unity among different races, selain sistem pendidikan yang kena revamp,” demikian ciapan pengguna Twitter @ReefNotRef.
Akaun @ptrshahlia menyifatkan generasi muda kini semakin pudar semangat cintakan pada negara.
“But YB it looked like today’s generation is no longer patriotic like the previous generation. There are still pros and cons to this issue actually. Moreover as far as I know MFLS can only be joined by those who are qualified. And until when will this outdated education issue end?,” ciapan pengguna Twitter @ptrshahlia.
Bagaimanapun ada yang mempersoalkan mengapa sistem PLKN tidak ditambahbaik.
Instead, why don’t you fix the system of PLKN itself? How come Singaporeans still have compulsory National service but they are still doing good after that? And best to inform you National service in singapore is 2 years and compulsory for everyone. It is a good thing for sure, “ demikian ciapan daripada @mahadivengeance.
Selain itu, @wabisaby berpandang PLKN ini antara kaedah untuk kita mengenali budaya kerana percampuran kaum dan bangsa.
“For me PLKN is like a summer camp with a focus on nationalist concepts. Unfortunately, despite learning about other cultures,we still sit with our own. It is far behind if we really compare it to what SG & SK are doing where they properly do the military training & shoot fire,” ciapan daripada @wabisaby.
Malah ada juga yang cemburu kerana tidak berpeluang untuk menyertai PLKN.
“Tak de rezeki join PLKN, jealous bila tengok kawan-kawan dapat tawaran masuk PLKN dulu. Perasaan masa tu, rasa macam disisihkan oleh kerajaan,” demikian ciapan daripada @sikawan88.
Syed Saddiq sebelum ini membuat ciapan di Twitter, tidak menyesali tindakannya memansuhkan PLKN dan menggantikan ia dengan (program) MFLS (Malaysia Future Leaders School).
Kenyatan itu bagi mengulas hantaran pengguna Facebook, Ahmad Burhanuddin yang berpandangan supaya PLKN diadakan semula.
Program PLKN dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Februari 2004 sehingga 2018 dan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan dakwaan telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu. – The Merdeka Times
Sumber: Twitter Syed Saddiq