Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini.
Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
Kerajaan India digesa untuk campur tangan dalam tindakan pihak berkuasa Uttar Pradesh yang baru-baru ini mengharamkan produk halal.
Rejim penjajah zionis Israel menahan Muhammad Abu Salmiya yang juga pengarah kompleks perubatan terbesar di Gaza, Hospital al-Shifa.
Satu laporan dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) mendakwa kerajaan China memperluaskan tindakan penutupan masjid di beberapa lagi wilayah negara itu selain Xinjiang.
Pegawai Israel mengatakan 'pemberhentian sementara perang' tidak bermula sebelum Jumaat, walaupun Hamas dan pentadbiran Israel bersetuju untuk gencatan senjata.
Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu serta melabel gerakan itu sebagai ekstremis.
Tentera Israel mengarahkan pemindahan orang ramai yang berlindung di Hospital Indonesia, yang ketika ini dikepung di utara Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor.
Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.