Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Remaja lelaki Muslim 15 tahun diseret dan dipaksa kencing atas bendera Pakistan oleh kumpulan Hindu

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.

UTTAR PRADESH – Seorang remaja lelaki Muslim berusia 15 tahun di Aligarh, Uttar Pradesh, India diserang sekumpulan Hindu, yang menyeretnya melalui kolar baju dan memaksanya untuk kencing di atas bendera Pakistan yang ditampal di atas jalan.

Sebuah video tersebar meluas di media sosial menunjukkan pelajar tingkatan tiga yang masih dalam pakaian seragam sekolah itu diseret dan didakwa dipaksa melaungkan “Hidup India” dan “Hidup Ibu Pertiwi India”.

Dalam video terbabit, mangsa dilihat menadah tangan dan merayu kepada kumpulan tersebut agar tidak mencederakannya. Malah, anggota polis turut dilihat berdiri di belakang remaja berkenaan ketika dia diserang kumpulan Hindu itu.

Ekoran kemarahan orang ramai, pihak polis tempatan menyatakan bahawa insiden tersebut akan disiasat.

“Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya berjalan bersama rakan-rakan saya, dan mereka beritahu ada sesuatu yang ditampal atas jalan. Jadi saya ambil, dan mereka jadikan saya sasaran,” kata mangsa yang menceritakan insiden itu kepada penduduk kampung yang dilaporkan Maktoob Media.

Kejadian berkenaan berlaku ketika kumpulan Hindu itu mengumumkan mogok umum di bandar tersebut sebagai protes terhadap serangan di Pahalgam.

Jenayah kebencian terhadap umat Islam dilaporkan meningkat di seluruh India selepas serangan militan di Pahalgam, Kashmir yang mengorbankan 26 orang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *