Terkini
Paparan Jalur Gemilang dalam laporan analisis SPM 2024, KPM jalankan siasatan terperinci

- KPM (Kementerian Pendikan) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.
- “Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.
- KPM turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.
PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.
“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.
KPM turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.
Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dan menunjukkan Jalur Gemilang tidak betul. — BERNAMA
