Antarabangsa
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia seru umat Islam berjihad di Palestin

Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia mengeluarkan fatwa berhubung kesinambungan serangan ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata oleh rejim penjajah Israel.
Berikut adalah intipati utama fatwa tersebut:
1️⃣ Kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di dunia Islam.
2️⃣ Kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam.
3️⃣ Kewajipan mengepung musuh Zionis secara darat, laut, dan udara, termasuk menyekat laluan perairan, selat, serta ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.
4️⃣ Kewajipan syarie untuk menyokong perjuangan perlawanan dari segi ketenteraan, kewangan, politik, dan hak asasi manusia.
5️⃣ Keperluan mendesak menubuhkan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat dan menghalang pencerobohan, yang merupakan kewajipan syarie secara segera.
6️⃣ Pengharaman normalisasi hubungan dengan musuh Zionis.
7️⃣ Pengharaman bekalan minyak dan gas kepada entiti Zionis.
8️⃣ Keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang telah dimeterai oleh beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.
9️⃣ Kewajipan berjihad dengan harta untuk membantu saudara kita di Gaza dan mempercepatkan pembukaan laluan bantuan.
🔟 Seruan kepada komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk menekan Trump dan kerajaannya agar memenuhi janji pilihan rayanya dalam menghentikan pencerobohan dan menegakkan keamanan. — The Merdeka Times
Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin
