Antarabangsa
Guru agama Yahudi yang sebar tuduhan rogol palsu berkaitan Hamas ditahan kes seksual kanak-kanak

- Sabo adalah individu bertanggungjawab menyebarkan tuduhan palsu kononnya pejuang Hamas melakukan “keganasan seksual besar-besaran” ketika insiden 7 Oktober 2023 di negara haram, Israel.
- Penderaan seksual didakwa berlaku ketika pelajar berkenaan berada dalam darjah 9-12. Sabo didakwa melihat pelajar mandi dan menghantar mesej yang tidak sesuai kepada pelajar.
- Sabo juga didakwa berulang kali menarik seluar pelajar lelaki itu dan menyentuh kemaluannya.
DALLAS — Seorang guru agama Yahudi dari Dallas, Amerika Syarikat yang menyebarkan tuduhan palsu kononnya pejuang Hamas merogol wanita Israel pada 7 Oktober 2023, telah ditahan kerana mendera seorang remaja lelaki secara seksual.
Yizhak Meir Sabo, 43, didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang kanak-kanak, menurut rekod mahkamah yang dilaporkan Middle East Monitor.
Pihak berkuasa menahannya pada 1 April dan menetapkan ikat jamin sebanyak AS$100,000.
Berikutan kes terbabit, Sabo diberi cuti oleh sekolah tempat dia bekerja, selepas laporan polis dibuat, 27 Mac lalu.
Laporan polis itu menyatakan Sabo didakwa berulang kali menarik seluar seorang pelajar lelaki dan menyentuh kemaluannya.
Penderaan itu didakwa berlaku ketika pelajar berkenaan berada dalam darjah 9-12. Sabo juga didakwa melihat pelajar mandi dan menghantar mesej yang tidak sesuai kepada pelajar.
Pegawai sekolah menyifatkan laporan itu sebagai “mengejutkan dan serius” dan melarang Sabo dari kampus dan semua aktiviti berkaitan sekolah.
Sabo adalah individu bertanggungjawab menyebarkan tuduhan palsu kononnya pejuang Hamas melakukan “keganasan seksual besar-besaran” ketika insiden 7 Oktober 2023 di negara haram, Israel. — The Merdeka Times
