Connect with us

Politik

(VIDEO) MP DAP bangkitkan kepentingan persempadanan semula

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong
  • Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong semalam di Dewan Rakyat dilihat membangkitkan isu kepentingan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang antara lain dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan jumlah pengundi.
  • Persempadanan semula kawasan pilihan raya kali terakhir diadakan pada 2018.
  • Mengikut Perlembagaan, persempadanan semula boleh dikaji setiap lapan tahun, yang bermaksud proses berkenaan boleh dilakukan semula tahun depan.
  • “Jadi saya nak tanya kepada pihak kerajaan… Adakah pihak kerajaan bersedia untuk melibatkan CSO (Organisasi Masyarakat Sivil) seperti BERSIH dan juga CSO yang lain supaya sama-sama memberi pandangan input mereka untuk kita adakan satu proses persempadanan semula kawasan Parlimen yang lebih adil dan saksama supaya kita menegakkan ‘one person, one vote, one value’.
  • “Jadi dalam hal ini kita harap supaya dengan persempadanan yang baru ini kita dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan daripada segi jumlah pengundi,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong semalam di Dewan Rakyat dilihat membangkitkan isu kepentingan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang antara lain dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan jumlah pengundi.

Ahli Parlimen Kota Melaka itu berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya kali terakhir diadakan pada 2018 dan mengikut Perlembagaan, ia boleh dikaji setiap lapan tahun, yang bermaksud proses berkenaan boleh dilakukan semula tahun depan.

Poay Tiong berharap persempadanan yang baru itu nanti dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan daripada segi jumlah pengundi di beberapa kawasan Parlimen, misalnya di kawasan Parlimen Bangi yang kini mempunyai kira-kira 350,000 pengundi, tapi di beberapa kawasan lain mempunyai kurang daripada 50,000 pengundi.

“Sistem pilihan raya adalah paling pokok untuk kita memastikan satu negara yang demokrasi.

“Apabila kita sentuh tentang sistem demokrasi, yang saya nak bangkit ialah persempadanan semula kawasan Parlimen di mana kali terakhir kita buat persempadanan semula ialah pada tahun 2018… Jadi ikut Perlembagaan setiap 8 tahun kita boleh kaji semula… Kalau 8 tahun ertinya adalah tahun depan 2026.

“Jadi saya nak tanya kepada pihak kerajaan… Adakah pihak kerajaan bersedia untuk melibatkan CSO (Organisasi Masyarakat Sivil) seperti BERSIH dan juga CSO yang lain supaya sama-sama memberi pandangan input mereka untuk kita adakan satu proses persempadanan semula kawasan Parlimen yang lebih adil dan saksama supaya kita menegakkan ‘one person, one vote, one value’.

“Jadi dalam hal ini kita harap supaya dengan persempadanan yang baru ini kita dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan daripada segi jumlah pengundi,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Pada 1 Januari 2024, portal Berita RTM melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian-bahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun atau terdapat pindaan undang-undang ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri daripada SPR serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

Foto: Statistik pertambahan bilangan bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri mengikut tahun urusan kajian semula persempadanan.

Dalam perkembangan berbeza, tahun lalu Pakatan Harapan (PH) dilaporkan berpotensi menang dua pertiga sekiranya berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata jangkaan itu berdasarkan kajian dilakukan menerusi 52 sampel kawasan Parlimen yang dipecahkan lebih daripada satu kawasan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *